innity

pages

Thursday, October 6, 2016

[PhD UM] Penjelasan Azizan Osman MENIMBULKAN Persepsi yang dia DITIPU oleh Sindiket


Kenyataan Azizan Osman mengenai penafian Universiti Malaya terhadap dakwaan bahawa Azizan dianugerahkan PhD UM telah menimbulkan pelbagai persepsi dan persoalan yang lain pula.

Azizan dalam kenyataannya hari ini menyatakan "Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat."

Netizen menyuarakan persoalan dan meminta kepastian daripada Azizan antaranya:

i. Adakah Azizan "cuba membeli" PhD kehormat UM daripada seseorang? kerana jika benar beliau hadir menerima anugerah tersebut daripada UM pastinya kenyataan dia diperdayakan itu tidak akan timbul.

ii. Azizan telah menggunakan gelaran PhD dari UM sebelum sedar diri diperdayakan. Jika beliau tidak pernah menerima anugerah tersebut daripada UM, kenapa mahu menggunakan gelaran tersebut.

Apapun tindakan Azizan itu tidak sepatutnya berlaku memandang beliau mempunyai pengikut yang ramai dan telah berjaya menarik berpuluh ribu orang untuk membayar yuran bagi setiap program beliau. Mereka pergi pastinya bukan keran PhD dari UM.

Malah ada yang mencadangkan agar "pembelian" PhD lebih selamat dilakukan melalui universiti luar negara. Agak mustahil IPTA dalam negara sanggup mengeluarkan PhD palsu kerana mereka mempunyai integriti tinggi dan database yang mantap.
Ini pula ulasan Pseudoscience Watch
.
1. Phd dari Gordon University 
Gordon University ialah diploma mill. Maka, phd dari Gordon University adalah phd palsu.
http://www.employeescreen.com/iqblog/resume-fraud/hey-i-graduated-from-cormell-hire-me/

"Other more ‘creative’ individuals (crooks) chose an even easier route. Buy your degree online!  I did it.  In fact I now hold a Masters and PhD from Gordon University, which were bought online for $295.00.  I hang them both proudly on my office wall, simply to make a point. They are fake, yet fully verifiable.  Gordon University is a diploma mill.  Want to see something even scarier?  Put ‘Gordon University’ into the search criteria of LinkedIn and see how many executives tout this fake degree.  Its pretty scary actually!"

2. Memenuhi syarat phd di Universiti Hertfordshire. 
Belum dianugerahkan phd lagi. So, buat masa ni, dikira masih belum ada phd. Elok juga ditunjukkan bukti jelas tentang phd tersebut nanti kerana mmg ada sindiket jual kelayakan palsu berleluasa di alam maya. Sijil palsu dari Hertfordshire University juga ada dijual. (link:http://thecourieronline.co.uk/degree-fakes-going-for-a-gra…/ )
3. Berkenaan phd UM. Wakil? 
Ijazah Kedoktoran Kehormat mestilah diterima dalam majlis konvokesyen. Jika awak tak terima, memang takde la. Sungguhpun ada penipu yang cakap wakil UM, dah kalau awak tak pergi ambik masa konvokesyen, kira mmg takde la. Macam mana boleh guna "phd" tu? Kata banyak phd, takkan tu pun tak tahu?
4. Phd UKM dan IUKL adalah kesilapan kakitangan? 
Takkan lah Azizan tak tengok langsung profile LinkedIn dia? Phd dari UKM tu jelas tertulis di profile LinkedIn dia.
Jadi bagi saya, jawapan Azizan tentang perkara ini jelas, sekadar cuba menutup penipuan dengan penipuan. Juga, dia masih belum boleh menggunakan gelaran "Dr." kerana dia masih belum memiliki sebarang phd yg sah.
-VN-
Berikut kenyataan Rickwork:


KENYATAAN RASMI
PENJELASAN MENGENAI KELAYAKAN DR. AZIZAN OSMAN
Kuala Lumpur, 6 Oktober 2016 - Kami kesal dengan kekeliruan dan kesulitan yang telah timbul berkaitan dengan status kelayakan Dr. Azizan Osman. Dr. Azizan Osman dan semua ahli Kumpulan Syarikat Richworks percaya dengan pendidikan seumur hidup dan pencapaian pengetahuan yang dikongsi dengan begitu bersemangat bersama rakyat Malaysia.
Memandangkan perkembangan baru-baru ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memperjelaskan kemusykilan yang telah timbul dan menyingkirkan apa-apa ketidakpastian.
Dr. Azizan Osman memegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.
Sepanjang 4 tahun yang lalu. Dr. Azizan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom. Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.
Berkenaan dengan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Malaya, kami telah dimaklumkan bahawa Dr. Azizan Osman telah malangnya disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut. Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat.
Semasa proses siasatan dalaman yang kami telah jalankan baru-baru ini, kami telah menjumpai beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur-prosedur operasi kami. Malangnya, kelemahan ini telah menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai rujukan kepada Dr. Azizan Osman yang tidak pernah beliau akui.
Sebagai sebuah organisasi, kami amat khuatir dengan keadaan serius ini dan kami telah pun melaksanakan satu pelan komprehensif untuk membetulkan situasi ini dengan kadar yang segera. Kami berkomited terhadap menegakkan integriti organisasi kami dan berdedikasi untuk meningkatkan prosedur kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami.
Pada masa ini, kami ingin menjelaskan bahawa profil media sosial Dr. Azizan Osman yang benar boleh didapati di Facebookwww.facebook.com/azizanosmanofficialpage dan LinkedInwww.linkedin.com/in/drazizanosman. Laman web rasmi syarikat adalahwww.richworks.com.my.
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai akaun media sosial atau laman web yang berkaitan dengan Dr. Azizan Osman, sila hubungi kami di corporatecomm@richworks.com.my.
- TAMAT -


1 comment:

  1. dia ingat terima ijazah PhD kehormat tu ambik tepi jalan ke, nak menipu pon ingat2 lah, rakyat malaysia dah tak bodoh, ngaku je salah senang, sekarang semua orang dah tak percaya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com