innity

pages

Friday, October 7, 2016

[PHD PALSU] Pengarah Filem jadi mangsa lawak kerana nama hampir sama, I AM NOT AZIZAN OSMAN, I AM AZIZ M OSMAN


Pengarah filem Aziz M Osman tidak berkecil hati apabila dia dijadikan bahan lawak dan sindiran segelintir pihak gara-gara mempunyai nama yang hampir sama dengan penceramah motivasi terkenal Azizan Osman.

Aziz, 53, berkata, dia menganggap perkara itu sebagai gurauan semata-mata dan bukan kerana mereka benar-benar keliru antara dirinya dengan penceramah terbabit.

"Saya anggap ia hanya gurauan sahaja dan tidak pun rasa kecil hati atau dipermain-mainkan. Cuma saya kasihan pihak sebelah sana (Azizan) yang menjadi mangsa bahan jenaka itu," ujarnya kepada mStar Online.

Aziz diminta mengulas apabila segelintir pihak yang menjadikan namanya sebagai bahan lawak sarkastik terhadap isu yang membabitkan penceramah motivasi Azizan Osman berhubung penafian penganugerahan Ijazah Kehormat dari Universiti Malaya (UM) dan dua universiti lain yang digunakannya.

Bagaimanapun, Aziz berkata disebabkan isu itu, namanya kembali diingati oleh orang ramai.

"Saya gembira nama saya disebut, ia bermakna mereka masih ingat saya sebagai pengarah filem biarpun saya sudah lama menyepi. Sekurang-kurangnya mereka tahu filem-filem yang saya arahkan sebelum ini," ujarnya.

1 comment:

  1. Tahniah bro,Lu tk cepat melatah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com