innity

pages

Thursday, October 27, 2016

[PERANGAI PELIK LAH DIA NI] Khairuddin umum keluar PPBM berkuat kuasa serta-merta Hari ini

Orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan malam ini mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuat kuasa serta-merta.
Dalam satu kenyataan yang diterima FMT, Khairuddin menjelaskan pemergian ini membolehkan beliau tumpu menangani kes-kes mahkamah yang sedang serta akan berlangsung “secara berterusan” selepas ini.
“Pada hakikatnya, saya perlu memberi fokus secara sepenuh masa bagi menghadapi beberapa perbicaraan penting untuk lawan segala bentuk kemungkaran korupsi (Perdana Menteri) Najib Razak dan salahlaku institusi-institusi kerajaan,” jelasnya.
Beliau pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tahun lepas selepas beliau membuat aduan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di beberapa agensi penguatkuasa undang-undang luar negara.
Bagaimanapun Khairuddin akan tetap bersama Sekretariat Deklarasi Rakyat, yang cukup “bermakna dan amat sentimental” buat dirinya.
“Adakalanya di dalam perjuangan kita hanya perlu berbekalkan keikhlasan untuk berjuang. Jawatan tidak penting langsung sekiranya kita ikhlas untuk berjuang,” katanya.
“Mulai saat dan detik ini; setiap orak langkah perjuangan saya adalah atas nama Khairuddin bin Abu Hassan tanpa mewakili mana-mana parti politik buat sementara waktu,” katanya.
Dalam pemergiannya, Khairudin sempat menitip pesan kepada pimpinan dan ahli bekas partinya itu supaya bersatu dan taat kepada Pengerusi Dr Mahathir, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta majlis pimpinan PPBM.
“Secara jujur dan ikhlas semua pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti Bersatu tidak boleh berpuak-puak dan jangan sama sekali menyerapi budaya serta amalan buruk Umno ke dalam Bersatu.” - FMT

6 comments:

  1. There is logic behind this....whilst his court case pending, its only good that PPBM not be dragged or associated with this baggage.

    ReplyDelete
  2. he is only a normal PPBM member right?

    ReplyDelete
  3. ari tu kata dah tak masuk BERSATU, nape keluar plak klu tak masuk,

    ReplyDelete
  4. Baru dapat dedak dari seseorang.. dia nak biarkan madey keseorangan melayan orang yg ada dalam pribumi.. muhyiddin akan lebih berkuasa tapi akan terus ditentang oleh group khairuddin yg masih tinggal di dalam pribumi

    ReplyDelete
  5. Pelik betullah perangai dia ni. Semenjak dia meroyan pasal report polis dia buat tak laku semakin pelik jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Report polis dia x laku dekat malaysia saja,dekat negara2 lain dah di ambil tindakan malahbada yg dah sampai di peringkat mahkamah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com