innity

pages

Saturday, October 8, 2016

[PERAK, TERENGGANU, JOHOR] Tun M: Sikit saja lagi, tiga kerajaan negeri BN boleh tumbang


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sedikit sahaja lagi perubahan jumlah wakil rakyat, boleh menumbangkan tiga kerajaan negeri BN - Perak, Terengganu dan Johor - sebelum pilihan raya umum akan datang.
Mahathir berkata demikian merujuk kepada ADUN Jorak, Datuk Shahruddin Md Salleh keluar Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) awal minggu ini.
Tegasnya, bila sesuatu dimulakan, maka yang akan berkembang dan "lain-lain nak tiru".
Mahathir berkata di Perak dan Terengganu, hanya memerlukan dua orang sahaja wakil rakyat untuk lompat parti.
Jika mereka berbuat demikian, tambahnya, kerajaannya akan tumbang.
"Tak payah tungguh PRU14, kita boleh memerintah di negeri-negeri ini termasuk Selangor dan Pulau Pinang," katanya dalam satu ceramah di Muar malam tadi.
BN akan kehilangan majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang mempunyai 32 ADUN dan juga di DUN Perak yang mempunyai 59 ADUN, jika dua wakil rakyat melompat menyertai pembangkang.
Di Johor, kata Mahathir, jika 10 lagi ADUN BN mengikuti jejak Shahruddin, "kita dah jadi kerajaan Johor".

6 comments:

  1. Pemimpin pemimpin UMNO memang bahalol.

    Setiap perjuangan pihak lawan yg lemah akan boleh menjadi semakin kuat sekiranya cause atau sebab perjuangan mereka semakin jelas dan kuat.

    Sekarang ni, Najib adalah rangsangan kpd persekitaran politik sekarang. Faktor najib menjadi semakin jelas dan kuat utk Pembangkang bersatu dan kuat. Alahai....apalah bangang sangat korang no UMNO, hapuskan faktor penyebab kalah yu. Korbankan Najib, akan terkedulah perjuangan Tun dan Muhyidin.
    Sebab menjadi hambar, tidak kuat dan akan sendirinya jatuh.
    Selamatkan MELAYU, selamatkan UMNO.

    ReplyDelete
  2. Buang najib atau tidak, pokoknya UMNO mesti dikuburkan. Umpama ikan busuk la, kalau potong kepala pun dah tak guna sebab isi dagingnya dah medak. Dah tak boleh makan langsung...

    ReplyDelete
  3. Naik siapa saja pemimpin-pemimpin MELAYU jadi PM..baik dari parti pemerintah atau dari parti pembangkang...CINA tak kan menerimanya selagi bakal PM tersebut tidak menurut kata atau telunjuk mereka.... Adakah anda yakin agama Islam dan bangsa MELAYU tidak tertindas seperti di Pulau Pinang.??

    ReplyDelete
  4. Tambah benci rakyat teramai terhadap UMNO/BN adalah perangai gerombolan baju merah yang berperangai macam samseng jalanan...

    ReplyDelete
  5. BEKAS PEMIMPIN NEGARA 22 TAHUN JIWA KACAU, CELARU, HARU BIRU WAWASAN 2020 NAK ANAKNYA JADI PM BUKAN HENDAK NEGARA BERTAMBAH MAJU,DAHULU KAMI INGATKAN NAK MENUJU KEJAYAAN MALAYSIA KEWAWASAN 2020 TAPI RUPA2NYA HENDAK ANAKNYA JADI PM KAH KAH KAH ,KESIAN OH KESIAN TAK CAYA TENGOK GAMBAR P RAMLEE (MADU TIGA)LANGGAR LORI TAIK.

    ReplyDelete
  6. Orang ini mankin tua makin tamak dan haloba. Bukan sahaja anak beranak dia sapu habis segala suku sakat dia amat mewah hingga 7 keturunan tak habis makan. Termasuklah barua2 yang kembung dengan dedak dalam perut selama 22 tahun.

    Jangan harap rakyat nak bagi muka lagi kepada orang yang macam ini. Anak dia Marina pun tak boleh kawal, cukup-cukup lah Allah swt dah pinjamkan kuasa selama 22 tahun kini sampai masa dia tarik balik kerana hang dah melampaui batas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com