innity

pages

Sunday, October 9, 2016

Penyokong Hisham tanya, KE MANA PERGINYA ZAHID HAMIDI sehingga LANGSUNG TIDAK BERSUARA?


Sejak malam semalam sehingga pagi tadi, beberapa rakan dalam UMNO menghubungi saya dan bertanya, ke mana perginya Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri ketika ini?

Mereka bertanya kenapa beliau tidak bersuara atau mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden pertembungan sehingga mencetuskan keganasan dan tindakan ala samseng oleh Gerakan Baju Merah terhadap peserta jelajah Bersih 5?

Saya tidak ada jawapan ke mana menghilangnya Ahmad Zahid ketika ini dan memulangkan kembali pertanyaan kepada rakan-rakan itu dengan berkata, "orang UMNO sepatutnya lebih tahu ke mana pemimpin mereka pergi."

Rakan-rakan yang saya ketahui sebagai penyokong Hishammuddin Hussein itu seterusnya berkata, oleh kerana apa yang berlaku semalam sudah menjadi isu politik dan perbualan hangat dalam masyarakat, ia tidak seharusnya diserahkan kepada pihak polis saja menanganinya.

Menteri yang bertanggungjawan terhadap pasukan polis iaitu Zahid Hamidi, sekurang-kurangnya harus mengeluarkan bunyi suaranya, kata mereka.


Di antara rakan itu, ada juga yang mengimbas bagaimana ketika beberapa insiden melibatkan perhimpunan Bersih sebelum ini dan Hishammuddin menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu, beliau sentiasa saja ke depan dengan pemantauan serta kenyataannya yang pantas, meskipun ia seringkali menjadi cemuhan.

Hishammuddin menunjukkan beliau tidak bersembunyi atau lari daripada tanggungjawabnya, jelas seorang rakan tersebut.

Kata rakan-rakan itu lagi, dalam kes seperti yang berlaku semalam, suara Zahid sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap polis, keselamatan serta ketenteraman awam, lebih diperlukan berbanding kenyataan pemimpin lain, termasuk Khairy Jamaluddin yang mengecam keganasan anggota baju merah.

Sehingga petang ini, puas saya merayau-rayau di alam maya, termasuk Facebook, Twiter  dan Telegram milik Zahid Hamidi, malangnya tidak terjumpa satu pun kenyataan beliau berhubung insiden semalam.

Ke mana hilangnya Zahid Hamidi - ada urusan di luar negara, bercuti, sedang berehat setelah penat dua kali menghadiri mesyuarat PBB di New York atau sengaja tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan? 

(http://shahbudindotcom.blogspot.my/-  09/10/2016).

4 comments:

  1. HUH! PANDAI BUAT CERITA NOK PELAGO ZAHID DGN HISHAM.UNTOK MAKLUMAM ORANG UMNO TAK MUDAH DIPRDAYA UNTOK BELAGO SAMO SENDIRI.

    ReplyDelete
  2. Tahniah bersih
    Malapetaka baju merah
    Keris pahang

    ReplyDelete
  3. Geng bersiha dulu lebih teruk dari ini laa..pedehalll

    ReplyDelete
  4. Orang Hisham dah gatal tak sabo nak hisham jd TPM. Maklumlah boleh byk masyuk duit rakyat ke poket masing masing bila hisham jd TOM dan akhirnya jd PM.
    Zahid masa dah sampai utk ko fikir mcmna nak buang busuk dlm UMNO. Najib dgn Rosmah mampus tak percayakan ko.

    Melayu berada di saat hancur kerana umat melayu cinta dunia mengatasi Islam. Dah tak takut dosa, neraka, balasan Allah didunia ke atas keturunan. Asyik bergaduh, berebut, hiburan, menipu, merompak, merosak, membiarkan maksiat, malas, tak perduli pasal agama dsn maruah bangsa.
    Semoga Allah selamatkan umat melayu, gantikan kumpulan pemimpin korup dan rosak ini dengan kpulan yg baik dan menyelamatkan agama dan bangsaku.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com