innity

pages

Thursday, October 27, 2016

Penentang RUU355 perbodohkan diri sendiri: Ketua Penerangan PAS


PAS menyifatkan mereka yang menentang Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), sebenarnya membohongi dan memperbodohkan diri sendiri.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan, berkata usul dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu semakin hari semakin menarik perhatian pelbagai pihak, termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan dan individu.
Malah, katanya, RUU355 menjadi satu-satunya usul pindaan akta yang dibahas secara terbuka oleh pelbagai lapisan masyarakat, sebelum dan selepas dibentangkan di Dewan Rakyat, sedangkan sebelum ini beratus-ratus akta yang dipinda tidak melalui perbahasan awam.
“Adapun pihak yang hanya mahu mencari populariti murahan, rating di facebook, kelemahan yang mahu dieksploit, debat yang melampau, spin dan sebagainya, biarlah mereka tenggelam dalam keseronokan dan hanyut dalam keghairahan mereka membohongi dan memperbodohkan diri sendiri.
“Sementara mereka yang berlapang dada, bersikap terbuka, ikhlas dan jujur dalam perbincangan dan persahabatan, maka kita rakamkan setinggi – tinggi tahniah jua penghargaan.
“PAS akan terus melangkah dengan cara dan pendekatan tersendiri untuk memahamkan ummah terhadap apa yang diperjuangkan. Meredah kabut kejahilan, mengharung badai cabaran dan menongkah rintangan yang menghalang dengan penuh sabar, tabah dan tekun,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, dalam mengharungi usaha membawa usul itu ke Dewan Rakyat, PAS melalui pelbagai rintangan, termasuk bantahan yang dimulai dengan langkah mengheret pembawa usul ke mahkamah, demontrasi di hadapan Parlimen, debat, wacana, dialog terbuka dan pertemuan tertutup.
Beliau mengakui, usaha bagi meminda Akta 355 demi memartabatkan Mahkamah Syariah dan memberi hak kepadanya menjatuhkan hukuman berdasarkan hukum yang menepati undang-undang syariat Islam, melalui jalan sukar dan berliku.
Namun, beliau berkata, PAS tanpa bosan akan terus memperjelaskan mengenai dasar, prinsip dan teknikal yang berbangkit bagi maksud memartabatkan Mahkamah Syariah. - ismaweb

1 comment:

  1. Tahun depan ko blh menoreh getah blk la.PAS dah kojol.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com