innity

pages

Saturday, October 8, 2016

Pemimpin TIDUR ATAS DUIT ketika RAKYAT HIDUP TERSEPIT


Astaghfirullahaladziim... Nilai barang kemas sahaja sudah berjuta-juta nilainya. Entah bilalah anak isteri sempat memakainya. Kami masih tertanya-tanya berapakah jumlah wang tunai sebanyak itu yang ‘belum sempat dikira’.

Itu baru dua individu, seorang pengarah dan timbalannya dari sebuah jabatan. Ada 16 individu yang tersenarai di Jabatan itu. Biasanya seluruh staf, dari atas sampai bawah akan membudayakan rasuah mengikut perangai 'bos' mereka.


Entah berapa banyak lagi kes serupa yang belum SPRM 'jumpa'. Sebelum ini juga gempar apabila terbongkar kes mega rasuah di Jabatan Imigeresen.

Bicara soal rasuah ini, seorang dari pengasas kami ada menceritakan tabiat buruk rakan karibnya yang berpangkat JUSA. Wang tunai beliau cukup banyak. Semuanya ‘main cekak dan ikat’ sahaja untuk disimpan merata-rata. Ada yang diselitkan di celah almari pejabat dan rumah, di laci dan bonet kereta dan sebagainya.

Setiap orang anaknya sudah tersedia sejumlah simpanan wang dan dibelikan sebuah rumah seorang. Pernikahan anak-anaknya dibuat cukup mewah sampai lebih 20 ekor lembu tumbang. Kemah marquee-tent paling besar dan puluhan kemah biasa dipasang. Majlis bertunang sahaja pun sudah macam kenduri kahwin. Semuanya dengan 'bantuan lembu-lembu' dari kalangan taukeh perasuah.

Tidak cukup tempat menyimpan wang tunai, puluhan ribu turut ditumpangkan pula pada akaun rakan-rakannya. Apabila wang yang ditumpangkan dalam akaun itu digunakan rakannya pun dia tidak merasa apa-apa.

Ternyata rasuah inilah gejala paling hina yang meruntuhkan sesebuah negara. Secara tidak sedar keluarga juga jadi porak peranda. Apa tidaknya… kemewahan hidup dari wang yang mudah diperolehi itu turut merosak jiwa dan akhlak anak-anaknya.

Dengan kemewahan ini anak-anak jadi ‘spoon fed’. Mereka tidak akan pandai berpuasa, berjimat cermat, bahkan menjadikan mereka malas berusaha. Hidupnya hanya tahu menghabiskan wang dan berkeliaran sahaja..

Lebih dari itu, ibubapa yang kaki rasuah jelas tidak memperdulikan hukum hakam agama. Halal haram semua diredah sahaja. Akhirnya anak-anak turut mendustakan agama kerana menuruti tabiat ibubapa mereka. Apabila anak-anak sudah rosak, mereka akan kontrakkan kepada maahad tahfiz untuk memperbaikinya. Soal wang jangan bimbang, sebut sahaja berapa asalkan anaknya boleh diperbaiki semula... ermmmmm...

Kerana itulah Nabi SAW bersabda bahawa hinanya rasuah ini ‘ibarat berzina dengan ibu kita sendiri’. Semuanya kerana negara/syarikat yang menjadi ibu kepada kesejahteraan kita, yang membayar gaji kita telah kita khianati.

Dengan rasuah semua yang salah akan jadi betul, yang haram akan jadi halal. Yang tidak layak pun boleh dapat apa yang dihajati. Natijahnya ramailah yang layak menerima jadi terabai dan teraniaya, yang lemah pula tidak terbela.

Justeru itu, jauhilah rasuah kerana ia memusnahkan diri, keluarga dan negara.

Innalillahiwainnailaihiroojiun
WARGA PRIHATIN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com