innity

pages

Monday, October 31, 2016

Peguam: Kenapa 1MDB KEBAL sehingga tak boleh dipersoal di Parlimen

Tindakan 3 bekas menteri membangkitkan isu 1MDB di Parlimen tidak melanggar sumpah kerahsiaan kerajaan, sebaliknya mereka hanya menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, kata peguam Syahredzan Johan.
“Lagipun, sumpah kerahsiaan tidak boleh digunakan untuk menyembunyikan salah laku (jika ada). Apatah lagi sumpah kerahsiaan itu bukan satu undang-undang, cuma peraturan atau etika dalam kerajaan.
“Lebih penting lagi, kenapa 1MDB begitu kebal sehingga langsung tidak boleh dipersoalkan, walaupun di Parlimen?” soalnya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, polis akan mengambil keterangan 3 bekas menteri yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan, dalam masa terdekat.
Siasatan itu dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan, termasuk berkaitan 1MDB, susulan laporan polis dibuat 2 NGO, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah didakwa membocorkan rahsia kerajaan, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.
Meraka kemudian ditegur Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tindakan itu mungkin melanggar sumpah kerahsiaan kerajaan.

Jemaah Menteri bukannya 'jemaah penyamun'

Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Hj Mahfuz menjelaskan bahawa amalan sumpah kerahsiaan di kalangan Anggota Kabinet telah menjadi amalan dalam semua kerajaan di dunia. Amalan ini untuk memastikan rancangan strategik sesebuah kerajaan dalam membangun negara tidak dipintas oleh pihak lain. Contohnya dalam penyediaan rancangan keselamatan dan pertahanan negara.

Ini bermakna perkara-perkara yang berkaitan dengan unsur rasuah dan penyelewengan pembelian peralatan pertahanan negara serta pelaburan dalam syarikat yang tidak wujud dalam rancangan pelaburan sebenar adalah tidak termasuk dalam sumpah kerahsiaan.

Contohnya pembayaran kepada Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang bukan anak syarikat Petroleum Investment Company (IPIC) adalah perbuatan salah laku yang tidak boleh dirahsiakan dan rakyat berhak tahu.

Sumpah kerahsiaan Anggota Kabinet bukan bertujuan untuk melindungi jenayah salah laku mana-mana anggota kabinet termasuk Perdana Menteri.Jemaah Menteri bukannya 'jemaah penyamun' yang berpakat untuk melindungi jenayah salah laku antara satu sama lain. Sebaliknya Jemaah Menteri adalah satu jemaah untuk melindungi kepentingan negara dan rakyat.


6 comments:

  1. Ya Allah...Kau musnahkan Najib dan konco konconya yang menyamun negara sebagaimana Kau telah hancur firaun hamman dan qaroun.

    ReplyDelete
  2. inilah negara malaysia semua pun boleh, bila dalam kerajaan tak mau menyiasat abih2 bila dah keluar kerajaan bila tek betul pun boleh jadi betul. sepatutnya masa dalam kerajaan isu ini kena meletop dia orang buat laporan polis bawa dokumen bukti sal hang tpm ade kuasa. bila dah keluar baru nak ungkit, hampaih betul hangpa. masa kena halau keluar tak kan satu bukti pun tak boleh photostat bawak keluar. betul betul lanun hangpa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dlm kerajaan buat laporan polis pon mana bole jalan..otherwise gani patail tak diberhentikan laa...byk kekangan bila dlm kerajaan..dah keluar baru senang n bebas nak buat tindakan..bingai betul la hang ni..

      Delete
  3. Rakyat bangkit seluruh negara boikot dan hanvurkan ros jib..sebelum hancur negara
    Keris pahang

    ReplyDelete
  4. Semasa dalam kerajaan mereka dah cuba usahakan utk dihalang dan dibetulkan tapi belum sempat berjaya, mrk telah dikesan oleh macai dan dihalau.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com