innity

pages

Wednesday, October 12, 2016

Peguam Jawab Soalan: Bolehkah Majlis Raja-Raja PECAT PERDANA MENTERI?


BOLEHKAH MAJLIS RAJA2 MEMECAT PERDANA MENTERI?

Jawapan:

1. Majlis Raja2 tiada kuasa di sisi perlembagaan untuk memecat Perdana Menteri.


2. Yang ada kuasa memecat Perdana Menteri adalah Yang DiPertuan Agong secara individu Baginda, BUKANNYA SECARA BERJEMAAH MELALUI MAJLIS RAJA2.

3. Menurut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, YDPA hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri yg pada pendapat Baginda seseorang itu akan mendapat sokongan sebilangan besar ahli dewan.

4. Tiada fasal pemecatan Perdana Menteri. Yang ada hanya fasal perlantikan Perdana Menteri.

5. Ini bermaksud, di bawah fasal Perlembagaan yang sama YDPA boleh melantik Perdana Menteri yg baru menggantikan DS Najib.

6. Apabila PM baru di lantik oleh YDPA, maka ini bermaksud SECARA AUTOMATIK, DS Najib TERPECAT sebagai PM.

7. Maka kesetiaan baru hendaklah di berikan kpd PM yg baru bukan lagi kpd Najib yg akan menjadi MP biasa saja selepas itu.

8. Kesimpulannya, nak gantikan Najib sblm PRU 14, maka YDPA hendaklah diyakinkan bahawa Najib telah hilang sokongan majoriti di kalangan 222 ahli Dewan Rakyat.

9. Jika YDPA hendak melantik Ahli Parlimen Pandan sbg PM yg baru, maka Baginda hendaklah di yakinkan bahawa Lapiji mendapat sokongan sekurang2nya dari sekurang2nya 112 orang Ahli Parlimen.

10. Konsep ini saya namakan sebagai menghalau tetamu. Bila dah habis sembang, kopi pun dah habis seteko, temujanji bos yg berikutnya pun dah sampai, bos pun dah tengok jam 18 kali, takkan tak reti2 nak blah lagi bro, bagi la chance kat org lain pulak hantar envelop kat bos.
kbai


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com