innity

pages

Thursday, October 13, 2016

PAS Tak Akan Bekerjasama Dengan DAP Lagi - Mursyidul Am


KANGAR: Mursyidul Am PAS yang baharu, Ustaz Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau menyifatkan hubungan PAS dengan DAP ibarat 'berpatah arang' kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
Katanya kerjasama dengan DAP pada PRU ke-13 lepas berdasarkan 'tahaluf siyasi' (pendekatan politik) bersyarat manakala kerjasama dengan Umno atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredhaan Allah SWT.
"Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk dua kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP," kata Hashim pada sidang media di sini, Khamis.
Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis lebih 20 tahun itu dilantik baru-baru ini bagi menggantikan tempat Allahyarham Datuk Dr Harun Din yang meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, bulan lepas.
Menurut Hashim, PAS tidak kisah jika berlaku pentandingan tiga penjuru membabitkannya, Barisan Nasional dan parti-parti pakatan lain pada PRU akan datang.
Pendekatan berbaik-baik dengan Umno bukan kerana PAS dilihat lemah menjelang PRU ke-14 berikutan perpecahan dalaman sehingga wujud PAN (Parti Amanah Negara), katanya.
"Dulu (zaman Allahyarham Datuk Nik Aziz) berbeza namun dasar perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam tidak berubah, bukan mengikut kepala orang yang dilantik menjadi Mursyidul Am)," tambah beliau.
Hashim berkata, kerjasama dengan PKR dan PAN akan ditentukan pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 22 dan 23 Oktober ini di markasnya di ibu negara yang akan membentangkan kajian kerjasama politik dengan parti-parti lawan.
Katanya PAS kini mengamalkan politik matang dan bukan politik 'cari makan' atau semata-mata untuk memenangi PRU.
Mengenai pujukan PKR dan PAN untuk PAS menyertai mereka dengan mendakwa peluang memenangi PRU akan lebih cerah, Hashim berkata, PAS telah dapat melihat matlamat itu.-- Bernama

3 comments:

  1. pas tidak akan bekerjasama dengan dap.

    ReplyDelete
  2. Pas nak bekerjasama dgn umno demi perpaduan Islam.Bagus lah tapi pas mesti minta maaf dan bertaubat dulu kpd umno yg mengkafir umno dgn AMANAT HADI.
    Lupa kah pas yg berlaku cerai berai dan dua imam?Apa kah yg terjadi pd pasangan yg becerai pd hari ini? Dimana mereka?

    ReplyDelete
  3. Berkerjasama dengan umno atas dasar perpaduan islam. Bagus sangat lah kalau macam tu. Kenapa tak kira semua umat islam tanpa kira parti. Dalam PAN dan PKR ramai jugak islam. Perjuangannya jugak utk islam, kenapa pulak dianggap pengkhianat. UMNO tentang pas dari dulu cuma nak berbaik masa tengah letih sekarang ni. Pas dah terkena satu masa dulu. Dengan PKR dan PAN cuma berbeza pendekatan tapi kenapa pas lebih mesra dgn UMNO. Kalau mengikut kata presiden kena ada penyatuan dan kerjasama dgn syiah yg nyata membunuh umat islam sunni disyria, yaman dan iraq kenapa tak boleh kerjasama dgn semua parti umat islam dimalaysia. Yg berbeza dr segi pendekatan politik tidaklah berbeza dr segi aqidah. Sifat ego pemimpin parti sepatutnya tidak layak ada pd pemimpin islam. Umat islam berpecah dimalaysia kerana pemimpin mereka. Amat malang untuk pengikut2 yg lemah aqal kerana pemimpin membeli dan membeli mereka atas sebab kejahilan, kemiskinan dan ugutan. Malang juga bagi mereka sehinggakan tidak boleh membezakan antara gerak kerja politik dgn agama. Umat islam akan terus berpecah selagi pemimpin islam merasakan mereka sajalah yg lebih baik, lebih layak dan lebih betul.yg jahil akan terus bersorak...orang kafir terus senyum atas kebodohan umat islam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com