innity

pages

Sunday, October 9, 2016

PAS IBARAT DARA SUNTI, DEMAND TINGGI, beri bayangan terima lamaran BN


Semua parti pembangkang sedang memerhati dan menanti keputusan PAS. Sebahagiannya menyatakan sukar membaca strategi PAS. Mereka menaruh harapan agar PAS menyertai barisan yang mereka bentuk untuk menentang Umno dan BN dengan formula satu lawan satu.

Secara mikronya saya melihat mereka sedang mengalami gangguan delusi di pentas politik tanah air, barangkali kesan dari tindakan terburu-buru menubuhkan parti-parti baru yang kononnya akan membawa mereka menang cepat mengatasi Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Justeru itu tidak pelik apabila mereka menyerang PAS bertali arus dengan tujuan mahu melunturkan pengaruh dan sokongan PAS. Mereka hina dan perkecilkan PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh bersaing dan seiring dengan mereka untuk menuju garis kemenangan pilihan raya umum ke 14 kelak.

Hormati Islam dan tidak menentangnya

1001 fitnah dan tohmahan telah dilontarkan kepada PAS. Kononnya PAS makan dedak Umno, mesra Umno, masuk perangkap Umno, ditipu oleh Umno dan sebagainya. Objektif mereka ialah memberi persepsi negatif kepada PAS. Namun realitinya, PAS tidak mudah untuk diperdaya oleh mana-mana pihak. Ia berjuang di atas paksinya yang teguh iaitu manhaj perjuangan Islam yang dianut dan prinsip kebenaran yang didukung.

Sebetulnya, PAS sangat berlapang dada dan mudah berkira bicara dengan mana-mana pihak asal sahaja dasar dan prinsip perjuangan Islamnya dihormati dan tidak ditentang. Tiada yang lebih penting bagi PAS selain Islam. Pemimpin dan ahlinya yang Istiqamah hanya meletakkan Islam sebagai hadaf (matlamat semasa) dan redha Allah swt sebagai ghayah (matlamat akhir).

Gerakan Perubahan

Perubahan adalah suatu yang wajib dilakukan bagi membebaskan tanahair tercinta dari kemungkaran politik, kefasadan ekonomi, kebejadan sosial dan kerakusan pemimpin yang tamak haloba. Namun perubahan yang dimaksudkan mestilah ke arah yang lebih baik dan tiada yang lebih baik selain Islam.

Perubahan yang mahu dilakukan juga adalah perubahan total dengan meruntuhkan jahiliah dan membina Islam serta keadilannya di atas runtuhan jahiliah. Kita tidak boleh melakukan perubahan hanya pada ranting tapi mengekalkan dahan yang reput. Kita tidak mahu meruntuhkan jahiliah kemudian membiarkan jahiliah baru terbina di atas runtuhan jahiliah lama.

PAS memimpin perubahan

PAS sudah berpengalaman menyertai pelbagai bentuk pakatan politik. Antaranya ialah Perikatan, APU, CCC, Barisan Alternatif, PR dan kini Gagasan. Mengolah segala pengalaman yang dimiliki, PAS menegaskan secara muktamad bahawa kini sudah sampai masanya PAS memimpin perubahan. Suatu perubahan yang menuju Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negara dan Keredhaan Allah SWT.

Siapa pun boleh mengharapkan PAS sebagaimana mereka juga pada bila-bila masa boleh datang kepada PAS untuk menyertai gagasan memimpin perubahan ini. Syaratnya terlalu mudah malah senang untuk dihafal iaitu hormati prinsip perjuangan PAS dan tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

DAP menentang Islam

Realitinya, DAP masih tegar menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Maka polisi semasa PAS ialah menolak DAP dan mana-mana parti yang mendukung serta bekerjasama dengan DAP. Justeru itu, sifir mudah bagi mereka yang mahu bersama PAS ialah meninggalkan DAP dan datang kepada PAS dengan semangat setia kawan yang tinggi serta mematuhi syarat mudah iaitu menghormati prinsip perjuangan PAS dan tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Ustaz Nasrudin Hassan,
Ketua Penerangan PAS.

8 comments:

  1. parti pas hanya boleh dibuat kaldai.. kawan berjuang jangan sekali. pemimpin pas lebih suka jadi wakil rakyat pembangkang sebab tak perlu susah diri mentadbir negara. Apa yang penting ada masyuk boleh berbini lebih dari satu. Mulut..hati..otak mereka tidak sehaluan. sebab itu cakap dan tindakan seperti ulaq putaq belit..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, Cuma nak Tanya.dan Ternyata-tanya Kenapa Masa Tuan guru nik aziz masih ada, takde timbul Benda yg diperkatakan sekarang, saya dulu Baca harakah. Tak timbul masaalah mcm ni. Jgn buat org bukan islam Rasa meluat Dgn islam jika terus Dgn ego Dan perasan bagus, jika nak berjuang untuk islam, pegi Lawan yahudi. Kat sini org berjuang untuk semua bangsa, agama. Tak banyak, sikit pun akan timbul Rasa benci pada Semua rakyat jika pas Terus bersikap begini. Sepatut nya dekati yg Bukan islam Dan beri penerangan tujuan pas ditubuhkan secara berperingkat. Saya Pernah dengar org dap cakap Dia tak takut Dan hudud pasal Dia tak kena. Ingat tak Semua dap jahat Dan tak Semua pas Tu bersih.

    ReplyDelete
  3. Boleh pula bekerja sama dgn DAP di selangor. Dulu kata nak keluar dari PR selangor dtg selepas rasa puasa yg lalu. Kuat berbohong. Parti jual agama.

    ReplyDelete
  4. Ceramah dan ajaran pemimpin pas di masjid dan surau selama ini tak boleh pakai la. Ajaran salah rupanya. Menipu ahli dan penyokong pas selama ini dgn ajaran jahiliah. Pemimpin baru sedar rupanya selepas tok guru nik yang dok kawan dgn setan dah tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti pas adalah parti pelir yg sehat kepada kerajaan Barisan nasional.....dan hj hadi pernah berkata parti pas tidak kemaruk kuasa....dan hanya parti blok ke 3 saja...

      TETAPI.....

      kenapa mahu masuk bertanding dalam PRU....??????????????

      APAKAH MOTIF PARTI PAS SEBENARNYA...??????????????????

      Delete
  5. pas memimpin perubahan... kahkahkah

    ReplyDelete
  6. Janggut mesti dipanjang2kan....
    Serban mesti di buat besar2....
    Jubah mesti labuh..... mata bercelak ...dahi pun mesti bercelak .

    Baru tahu semua orang FELDA peringkat 1 HINGGA 10.......

    ...SIAPA AKU...DAN PARTI AKU ....PAS

    PARTI ISLAM SE MALAYSIA PELIR YG SEHAT KERAJAAN BARISAN NASIONAL

    ReplyDelete
  7. Saya setuju, biar DAP hormati dulu hak Islam, hak melayu dan perlembagaan.
    DAP mampuih pun akan anti Islam yg sebenar. Cara pemikiran islam dan semangat melayu yg lemah dan tak sempurna nenjadi pilihan DAP.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com