innity

pages

Saturday, October 29, 2016

[PANTAS MENGIKUT ARAHAN] OSA: Polis akan panggil tiga bekas menteri, Kertas Siasatan Telah Dibuka


KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan tiga bekasanggota kabinet dalam masa terdekat yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan baru-baru ini, kata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Kita telah membuka kertas siasatan berhubung perkara ini dan kesemua individu terbabit akan dipanggil memberi keterangan dalam tempoh sehari dua lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dua badan bukan kerajaan iaitu Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan sebelum ini membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat. - Bernama

[PANDIKAR SILAP] ‘Sumpah kerahsiaan bukan untuk lindung salah laku’


Sbelum ini, pakar perlembagaan, Profesor Abdul Aziz Bari mengingatkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sumpah kerahsiaan bertujuan untuk melindungi perkara yang sah dan mengikut undang-undang.
"Ia (sumpah kerahsiaan) bukan untuk melindung salah laku," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Ini, katanya, adalah kerana skandal 1MDB banyak melanggar undang-undang di negara ini.
"Dalam mana-mana kes, jika Pandikar benar-benar serius, biarkan mahkamah yang membuat keputusan.”
Aziz mengulas kenyataan Pandikar yang mendakwa bekas anggota kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mungkin melanggar sumpah kerahsiaan apabila mereka menyentuh mengenai 1MDB dalam ucapan di Parlimen.
Pandikar berkata, keputusan kabinet itu belum dilaksanakan dan bahawa ia adalah maklumat rahsia kabinet.
Bagaimanapun bagi Aziz, ini adalah satu lagi contoh Pandikar menggunakan kuasanya untuk "menekan dan menyelamatkan kerajaan semasa" dan bukannya untuk "memperkasakan demokrasi dan akauntabiliti".
"Itu adalah salah mengikut perlembagaan," kata Aziz.
Pandikar, katanya, melakukan kesilapan yang sama apabila beliau menghalang usul undi tidak percaya terhadap kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Aziz, speaker itu juga telah menjadikan perbahasan 1MDB di Parlimen sesuatu yang mustahil.
"Kedua-dua proses dibenarkan oleh perlembagaan,” katanya




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com