innity

pages

Monday, October 17, 2016

Pandikar: Soalan Parlimen berkaitan tindakan sivil DoJ tidak perlu dijawab kerana subjudis


KUALA LUMPUR: Soalan bagi jawapan lisan dan bertulis serta usul berkaitan tindakan sivil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) tidak perlu dijawab oleh menteri berkaitan kerana bersifat subjudis, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau membuat keputusan itu bagi mengelak persepsi bahawa menteri berkenaan dituduh tidak menjawab soalan yang dikemukakan sedangkan soalan tersebut masih dalam pertimbangan mahkamah.

"Setelah meneliti isi kandungan pertanyaan-pertanyaan tersebut, saya mendapati bahawa ia perkara yang masih dalam pertimbangan mahkamah ataupun subjudis, maka menteri yang berkenaan tidak perlu jawab kepada perkara-perkara tersebut," katanya selepas selesai sesi pertanyaan lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Katanya keputusan itu tidak dibuat secara terburu-buru dan telah mengambil kira aspek perundangan.

Pandikar Amin berkata beliau juga akan memaklumkan keputusan itu secara bertulis kepada anggota Dewan Rakyat yang mengemukakan soalan berkaitan tindakan sivil DoJ berkenaan.

Pada Julai lepas, DoJ memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa diselewengkan. - BERNAMA

3 comments:

  1. semua ahli parlimen di malaysia wajib tahu sebab kes tersebut melibatkan negara..
    apa guna jadi ahli parlimen jika hal negara sendiri pun tak boleh ambil tahu..

    ReplyDelete
  2. Legal action kat US pun kira sub-judice ke. Bukan ke MP ada immunity. Patut bolehlah MOF atau menteri undang2 jawab kalau ada pertanyaan. Tak gunalah jadi MP kalau kat parlimen pun kena gag order.

    ReplyDelete
  3. Dia ingat kita semua seronok bila dipernodohkan macam dia? Dia tak marah diperbodohkan malah seronok lah pulok. Hancur Malaysia kalau speaker parlimen dari golongan terencat akal. Mungkin dia dibebani masaalah genetik dari emak bapaknya. Bersabar lah Malaysia. Apa lah malang dan dosa kami rakyat Malaysia dapat speaker parlimen yang sebahlol ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com