innity

pages

Friday, October 28, 2016

[PANDIKAR SILAP] ‘Sumpah kerahsiaan bukan untuk lindung salah laku’


Pakar perlembagaan, Profesor Abdul Aziz Bari mengingatkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sumpah kerahsiaan bertujuan untuk melindungi perkara yang sah dan mengikut undang-undang.
"Ia (sumpah kerahsiaan) bukan untuk melindung salah laku," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Ini, katanya, adalah kerana skandal 1MDB banyak melanggar undang-undang di negara ini.
"Dalam mana-mana kes, jika Pandikar benar-benar serius, biarkan mahkamah yang membuat keputusan.”
Aziz mengulas kenyataan Pandikar yang mendakwa bekas anggota kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mungkin melanggar sumpah kerahsiaan apabila mereka menyentuh mengenai 1MDB dalam ucapan di Parlimen.
Pandikar berkata, keputusan kabinet itu belum dilaksanakan dan bahawa ia adalah maklumat rahsia kabinet.
Bagaimanapun bagi Aziz, ini adalah satu lagi contoh Pandikar menggunakan kuasanya untuk "menekan dan menyelamatkan kerajaan semasa" dan bukannya untuk "memperkasakan demokrasi dan akauntabiliti".
"Itu adalah salah mengikut perlembagaan," kata Aziz.
Pandikar, katanya, melakukan kesilapan yang sama apabila beliau menghalang usul undi tidak percaya terhadap kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Aziz, speaker itu juga telah menjadikan perbahasan 1MDB di Parlimen sesuatu yang mustahil.
"Kedua-dua proses dibenarkan oleh perlembagaan,” katanya. - MK

12 comments:

  1. Pandikar a disgrace to the legal profession. Mana ada undang dalam dunia ni yg protect penyamun. Bajau ni patut lepas jawatan secepat mungkin. Makan pencen dan duduk rumah jelah. Jantung pun dah tak berapa kuat dengarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kleptokrat buat undang2 utk meliindungi skandal dan salah laku mereka. Sepatutnya mereka yg mendedahkan kepincangan pengurusan negara diraikan sebagai wira negara

      Delete
  2. Bikin malu orang sabah saja

    ReplyDelete
  3. Bikin malu orang sabah saja

    ReplyDelete
  4. Tak boleh bincang di parlimen hal negara walil rakyat nak buat kerja apa? Tak payah lah ada wakil rakyat.. biarlah bincang di kedai kopi je..

    ReplyDelete
  5. Pandikar ni termasuk ahli sgt.buluh nanti.tunggu lepas PRU14 ni.

    ReplyDelete
  6. pakar perlembagaan???..dia ke yang buat perlembagaan atau belajar perlembagaan macam org lain juga...pakar???..ehm ehmm.

    ReplyDelete
  7. Ini bajau bangsatlah bah ..dulu dia belajar mana ni ..betul ka dia ni peguam ..cakap macam cikgu sekolah kemas saja

    ReplyDelete
  8. Banyak lah dia punya pakar.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8.51 & 10.59,

      Sekurang-kurangnya dia pakar perlembagaan, bukan pakar menyamun atau pakar kelepet duit rakyat macam idola korang laki-bini anak-beranak.

      Delete
  9. Penakut eh maaf Pendekar mesti ingat menyekat sesuatu kebenaran dan melindungi kesalahan ada lah salah disisi undang2. Bermakna tidak menjalankan tugas dengan jujur juga boleh dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  10. Pandikar mkn gaji dgn kerajaan,ketua kerajaan sapa?tolong bg tau sikit.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com