innity

pages

Thursday, October 13, 2016

[PANAS] Datuk Seri Vida didakwa gagal bayar GST


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Vida didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Dakwaan yang dikenakan ke atas jutawan syarikat kosmetik itu difahamkan kerana 'kegagalan mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai'.

Vida, atau nama sebenarnya Dr Hasmiza Othman, amat popular dengan jenama produk kesihatan dan kecantikan serta turut aktif memasarkan perniagaannya melalui penajaan berskala besar.


Pengasas produk Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Ipoh pada jam 9 pagi tadi untuk menghadapi pertuduhan kesalahan mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Jutawan kosmetik itu didakwa atas 32 pertuduhan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.
Vida mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Berdasarkan kertas pertuduhan, pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu didakwa gagal mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai GST membabitkan jumlah kira-kira RM4.2 juta sejak April 2015 hingga Julai 2016.
Mahkamah menetapkan wang jaminan berjumlah RM1.76 juta bagi kesemua pertuduhan dan pasport serta dokumen perjalanan milik tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan manakala tertuduh diwakili peguam Khairilazwar Khalil dan Syed Ahmad Syed Abas.

Vida tiba di kompleks mahkamah Ipoh kira-kira pukul 9 pagi, manakala prosiding hanya bermula 12.15 tengah hari sebelum ditangguhkan kira-kira pukul 2 petang. Sebutan semula kes pada 15 November ini.

4 comments:

  1. Ya dia memang xbyr gst...tp dia adalah dermawan...

    ReplyDelete
  2. Kawan saya we dee pon tak bayar gst asyik Rdedak jee.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com