innity

pages

Monday, October 24, 2016

[PAC SILA AUDIT] 'Kos Pembinaan ECRL RM55b macam nak bina landasan emas'


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa satu siasatan menyeluruh (audit) atau ditubuhkan jawatankuasa khas bagi menilai rasional kos pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan harga RM55 bilion seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017.

Beliau mendakwa, pengumuman itu walaupun nampak seolah-olah projek untuk menjaga kebajikan rakyat namun masih banyak persoalan yang perlu diperincikan.

"Di manakah rasionalnya apabila kos pembinaan bernilai RM55 bilion, ini bermakna 1 kilometer boleh dianggarkan mencecah RM91 juta, sedangkan landasan berkembar dari Negeri Sembilan ke Johor Bharu hanya berjumlah lebih kurang RM3 juta secara keseluruhannya. Jadi saya minta satu jawatankuasa khas parlimen mesti buat semakan," katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.

Mahfuz berkata, timbul tanda tanya apabila pada 26 Julai 2016,  Menteri Kerja Raya menafikan laporan dari Sarawak Report yang mendakwa Putrajaya akan menaikkan harga pembinaan itu daripada RM30 bilion kepada RM60 bilion.

"Dukacita apabila menteri terbabit menafikan dengan alasan Kabinet belum mengadakan sebarang perbincangan pada Julai 2016.

"Saya hairan bagaimana Menteri Kerja Raya yang menafikan laporan itu tiba-tiba projek ini boleh masuk dalam bajet dengan nilai harga RM55 bilion, kurang RM5 bilion daripada laporan Sarawak Report," katanya.

Dakwa Mahfuz, walaupun dinafikan, beliau melihat perkara ini hampir ada persamaan dengan laporan dari Sarawak Report.

"Bagi saya adakah ini satu perbelanjaan kos landasan yang paling mahal dalam dunia? Saya tak tahu lah mungkin kerajaan nak bina rel tu daripada emas ke atau besi buruk.

"Sebab itu bila diumumkan projek-projek yang dilihat sebagai menampakkan pemberian itu kepada rakyat saya masih persoalkan," katanya.

Pada pembentangan Bajet 2017 Jumaat lalu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beberapa peruntukan untuk menyejahterakan rakyat termasuklah meningkatkan taraf pengangkutan awam.

Salah satu tumpuan itu adalah kepada pelaksanaan projek rel baharu ECRL sepanjang 600km yang menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur dengan kos RM55 bilion. - SH

6 comments:

  1. Dah tue? Masuk bahas la jibraun! Masa org bentang ko blah sekali dgn puak2 taik dap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi hari Isnin baru bahas. Hari tu dengar je najib merapu. Hari Isnin tengok sape tak dtg. Hadi memang tak dtg.

      Delete
    2. ni dah sesi bahas la ni jibaok..apasal jibraon tak nak datang...panggil la macai bahlol kau dtg jadi wakil dlm parliment

      Delete
    3. Buat homework sketla jibraun! Tengok jarak, geografi, halangan dll. Ko nk sama kan dgn lane pegi KB dah knape? Sama ker? Bila org pggl me bean marah! Patut pggl jibraun & jibraok jer si bean sekor nih! Keje nk membontot dap ajer.

      Delete
  2. biasalah BN la ni..mula2 nafi,tau2 jadi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com