innity

pages

Monday, October 3, 2016

Netizen gesa polis siasat penonton F1 aib Jalur Gemilang


KUALA LUMPUR 3 Okt. - Netizen hari ini menggesa pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap segelintir penonton Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang yang dikatakan menghina dan mengaibkan Jalur Gemilang semalam.
Beberapa komen di Facebook Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia - YKKM rata-rata marah dengan tindakan penonton F1 yang dipercayai rakyat asing, menghina Jalur Gemilang dengan menjadikan bendera Malaysia itu sebagai seluar dalam.
Mereka juga menuntut agar pihak penganjur F1 di Sepang dikenakan tindakan kerana tidak dapat menjaga kelakuan penonton mereka yang hadir.
Seorang netizen, Mohd. Zaine Md. Sharif turut memuat naik komen: "Bangsa apa ini ... Tidak hormat negara kita ???" manakala Mohamad Farid pula memberikan komen "Melampau..pihak pgurusan (pengurusan) mne (mana?)".
Dalam pada itu, Srikandy Osanthy Nunha Salia yang turut marah dengan insiden berkenaan memuat naik status "indeed immoral and insulting state malaysia (Memang tidak bermoral, menghina negara Malaysia" manakala Mohd. Din Daud pula menyatakan "OH NEGARA KU..... KEMANA PERGI PENGANJUR.... ATAU INI SALAH SATU SLOT YG PENGANJUR SELITKAN....".
Sementara itu di laman Twitter, Ranes Subramaniam (@ranes1985) pula memuat naik status: "Action should be taken on them. Very disrespectful towards the National Flag. @PDRMsia @themmailonline @UMonline @BuletinTV3 (Tindakan perlu diambil terhadap mereka. Tidak menghormati bendera kebangsaan". - UTUSAN ONLINE


1 comment:

  1. Kat mana Ada jual sependa Ni?aku nk beli satu....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com