innity

pages

Sunday, October 9, 2016

[NAJIB MESTI DIAMBIL TINDAKAN] Tun Mahathir hantar surat pada Semua Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Negeri


Tun Dr Mahathir Mohamad telahpun menghantar Deklarasi Rakyat kepada Majlis Raja-Raja dan kesemua Yang di-Pertua Negeri bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur.
Surat yang dihantar turut memaklumkan mengenai perjumpaannya dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah pada 15 September lalu lapor Sinar Harian.
"Setakat ini saya belum mendapat reaksi daripada Yang di-Pertuan Agong berkenaan perjumpaan tersebut. Tetapi oleh kerana Majlis-Majlis akan bermesyuarat pada 11 Oktober ini, saya fikir ada baiknya kita hantar surat kepada semua raja-raja.
"Ini untuk memaklumkan kepada mereka mengenai rayuan kita supaya Majlis Raja-Raja ambil tindakan terhadap apa yang terkandung dalam Deklarasi Rakyat," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Pada 15 September lalu, Mahathir mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi menyerahkan 1.4 juta tandatangan Najib meletak jawatan.
Dr Mahathir berkata bahawa raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak dalam perlembagaan bagi menangani masalah dihadapi sekarang.
"Dahulu terdapat pendapat bahawa raja-raja tiada kuasa lagi. Tetapi ini tidak benar dan sebab itu kita cuba dapatkan tindakan daripada Majlis Raja-Raja kerana mereka ada kuasa.
"Sudah tentulah sebagai raja mereka perlu ambil kira pandangan terhadap apa yang berlaku dalam negara ini," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Terdahulu Najib setelah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong memaklumkan Deklarasi Rakyat tidak mengikut Perlembagaan, maka baginda tidak mahu terbabit.
"Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri urusan yang dibuat oleh PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).
"Ini kerana deklarasi yang dibuat oleh PPBM adalah tidak mengikut Perlembagaan. Sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya," kata Najib - MK

2 comments:

  1. The last bastion to the integrity of a nation ie. Malaysia. The Conference of Rulers must come to their senses, especially the Johor Sultan, to set aside any bits of displeasure as of his 'OUTBURST' which clearly showed his 'VENGEFUL' attitude towards Tun Dr Mahathir by calling him names such as senile!

    The Rakyat & Country are more of concern then anything else, period!

    MLN

    ReplyDelete
  2. Bukannya raja tak boleh tapi raja pun dah lama menjauhkan diri dari mencampuri urusan politik. Sehingga dah selesa mcmtu. Inilah masalah ahli politik bila masa tak perlukan raja campur kita ugut dan serang institusi raja supaya raja diam walhal raja fungsinya adalah sbgai penyeimbang. Bila diperlukan raja masa tu raja kita dah tak bersedia utk campur krn tak mau campurtgn keserabutan politik.

    Kita mesti didik rakyat dulu menghormati perlembagaan. Kita mesti ajar ahli politik dulu ikut dan patuh perlembagaan. Kita mesti ajar bangsa cina yg selalu kurang ajar dengan institusi perlembagaan kita. Hormati hak agama Islam, institusi Raja, institusi agama Islam yg dibwh raja, institusi mahkamah, dsbnya.

    Kemudian barulah semua institusi di negara ini boleh berfungsi dan menjalankan tugas mrk dgn baik. Pihak berkuasa juga mesti faham perlembagaan. Tidak ada sikap berat sebelah dengan rakyat dan kerajaan yg memerintah. Pihak istana sehingga ke polis mesti jlnkan peranan perlembagaan, hal Ini adalah masa depan anak cucu kita. Siapa yg bersalah jgnlah dilindungi. Adili mrk dengan rasa bangga bhw anda sayangkan negara ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com