innity

pages

Friday, October 21, 2016

MELAYU (MUNGKIN MUSLIM) BERSAMA MEDIA LIBERAL pelahap jadi HULUBALANG KAFIR serang Agensi Islam


PORTAL media liberal seperti FMT, Malaysiakini dan Malaymail seolah-olah memperjuangkan suara rakyat. Kupasan beritanya apabila dibaca terkini dan nampak amat kena dengan kehendak, intipati dan permasalahan hidup masyarakat.
Ramai terbuai dan terlena disajikan berita-berita dengan ‘headline’ sensasi dan panas isu-isu semasa. Kemudian ramai jadi pengikut setia, pekongsi dan penyebar berita-berita mereka. Tidak kurang yang memberi pandangan di ruang komen berapi-api seolah dunia dia yang punya, dia paling betul orang lain semua salah.
Kemudian tidak semena portal-portal berita duri dalam daging ini secara bersama dan berjemaah ‘menembak’ dan mempertikai tunjang asas, prinsip-prinsip, kepercayaan dan nilai-nilai agama yang sudah sekian lama ada dalam masyarakat melalui ‘headline’ panas lagi sensasi.
Pengikut-pengikut setia mereka dengan pantas membuta-tuli-pekak-bisu menjadi hulubalang-hulubalang pembela portal media durjana kesayangan mereka tanpa usul periksa sumber, intigriti dan kesahihan perkhabaran yang disampaikan itu.
Tanpa mereka sedari perjuangan hulubalang-hulubalang papan kekunci itu sebenarnya umpama keris yang memakan diri sendiri. Mereka menikam tunjang asas, prinsip-prinsip, kepercayaan dan nilai-nilai agama mereka tanpa disedari.
Sedangkan portal media perosak masyarakat itu ketawa berdekah-dekah dibelakang monitor, berita tulisanku viral dan sensasi katanya. Mencanak naik trafik, bertambah-tambah pengiklan, bertimbun-timbun keuntungan. Pak cik kayo katanya.
Hulubalang-hulubalang tidak bergaji tadi pula jadi miskin. Miskin akhlak, miskin ilmu, bertambah parah miskin amal. Sudahlah amal sedikit, dosa pula semakin menumpuk dek menyebar kepalsuan dan kekeliruan kepada orang lain. Cabang fitnah.
Sedarlah, jangan terus jadi miskin. Jadi insan yang sedar siapa pembela agama dan siapa musuh dalam selimut. Siapa bersama agama dan siapa penentang agama.
Portal media liberal itu tidak pernah memuji usaha memartabatkan agama, memperkasakan institusi Islam. Sebaliknya mengambil apa saja peluang terhidang untuk memburukkan agama dan menegakkan nilai liberal acuan barat.
Yudi Kurniawan Budi
Ahli Isma Kajang

Penulis Malaysiakini tak tahu beza ‘beer’ dan tahi itik


ADA artikel Malaysiakini dan komen agamawan secara sinis membandingkan kuih tahi itik dengan produk berjenama ‘beer’.
Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (2014), permohonan yang tidak layak termasuklah: “…produk yang menggunakan nama atau nama yang sinonim dengan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, hotdog, charsiew dan seumpama dengannya,”.
Kuih Tahi Itik, Kuih Bugis Mandi atau Cucur Kodok adalah istilah colloquial, bahasa lazim yang diketahui umum merujuk kepada makanan khusus masyarakat setempat. Tidak ada ambiguiti atau kekaburan atau kepelbagaian maksud. Istilah-istilah ini bukan jenama, bukan PRODUK yang boleh dikelirukan dengan produk lain yang tidak halal.
Berbeza dengan istilah ‘hotdog’ atau ‘beer’. Sepertimana disebut dalam syarat pensijilan, istilah-istilah seperti ini SINONIM dengan PRODUK lain yang tidak halal. ‘Beer’ boleh merujuk sama ada beer haram atau beer yang tidak beralkohol. Ada hotdog yang haram, yang ada babi, diguna sebagai nama khas berjenis-jenis produk sosej, yang secara tradisinya sinonim dengan unsur tidak halal.
Aspek sensitiviti sosiolinguistik masyarakat majoriti di negara ini juga perlu diambilkira. Adalah janggal sekiranya diiktiraf halal makanan dengan signifier (kata rujukan) taboo ‘dog’. Atau signifier ‘beer’ yang secara umumnya difahami sebagai minuman haram.
Ahmad Farami Abdul Karim
Pensyarah UITM

5 comments:

  1. isunya bukan tahi itik cucur badak tapi isunya cepatnya melatah orang2 islam dan tergesa-gesany amereka jika yang dilihat bersalah itu orang Islam atau jabatan yg mengjaga ISlam. kenapa mudah melayu itu begitu, sedangkan tidak ada kedangan suara mereka bila ada cadangan puak liberal untuk menukar solat Jumaat kepada hari sabtu

    ReplyDelete
  2. Yg melatah tu jakim. Benda tu masih halal. Pasai apa tak suruh depa tukar nama ja. La ni timbul persepsi masyarakat bahawa jakim ni sibuk nak cari duit melalui persijilan ni. Bukan ka kesannya lagi buruk terhadap masyarakat islam di Malaysia sendiri.

    ReplyDelete
  3. Dlm dunia agama tak boleh caya dapa sapa..cuma caya pd hukum yg ditetapkan dan diri sendiri jer..yg lain boleh berlalu fan jgn kata apa..biarkan jer..

    ReplyDelete
  4. Jakim suruh tukar nama le yg jadi isunya..disini..Tukar nama je..Itu prosedur jakim .ikut je la..Baru dapat sijil halal..tak faham isu jangan kita kutuk Jakim.. Contoh masuk rumah teman..Tak boleh pakai bikini je..bersopan..kalau tak nak ..jangan masuk rumah..kalau ikut kata syarikat pembuat ..ikut je..semuanya halal bagi mereka..biar jakim buat kerja mereka..Aku tengok je jenama roti tu..lalu je..tengok jenama makanan..aku tak beli..itu realiti..org lain entah le..

    ReplyDelete
  5. Perspektif org bukan Islam memang negatif pada kita..Kita yg terlalu jaga hati mereka dengan melecehkan pihak agama sendiri..Ini pemikiran yg ditanam oleh penjajah...org Islam Malas ..bodoh..tak pandai itu ini..Tapi saya tahu permainan mereka..jangan terlebih berkurang..sederhana..penting kepentingan agama Allah yg dulu..Yang remeh...ketepi..Jangan kita jadi bodos..yg masuk kat sini pun bukannya kita tahu agama mereka..So kena rasional..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com