innity

pages

Monday, October 17, 2016

[MACAM-MACAM] Menteri Kerja Raya, Fadillah terima anugerah Professional of The Year 2016


KUALA LUMPUR 17 Okt. _ Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menerima anugerah Professional of The Year 2016 daripada Persekutuan Jalan Antarabangsa (IRF).


Pengerusi IRF, Abdullah Al-Mogbel berkata, pencapaian Fadillah boleh dijadikan inspirasi untuk para pemimpin di rantau ini dalam usaha menyelesaikan masalah infrastruktur di Asia.
“Anugerah ini juga akan mengukuhkan ikatan di antara pihak berkepentingan dalam industri pengangkutan di Malaysia dengan golongan profesional seluruh dunia,” katanya pada majlis pembukaan Kongres dan Pameran Serantau IRF Asia Ke-2 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutif IRF, C. Patrick Sankey dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres dan Pameran Serantau IRF Asia Ke-2, Datuk Dr. Meor Aziz Osman.
Anugerah yang diperkenalkan sejak 1951 itu diberikan kepada penggiat industri pengangkutan jalan yang banyak menyumbang dan komited terhadap pembangunan industri tersebut terutamanya mewujudkan rangkaian jalan raya global yang lebih selamat dan lebih baik. - UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com