innity

pages

Friday, October 14, 2016

[LEPAS DIKECAM] AKHIRNYA FB JOHOR Southern Tigers PADAMKAN post Dakwa Sultan Johor TOLAK jadi AGONG


Admin JOHOR Southern Tiger TELAH MEMADAMKAN post yang mendakwa Sultan Johor menolak untuk jadi YDP Agong bagi memberi laluan kepda Sultan Kelantan.

Mungkin mereka ingat rakyat Malaysia ini bodoh dan mudah diperbodohkan.

Walau bagaimanapun, usaha admin JOHOR Southern Tiger mungkin boleh "dibanggakan" kerana berjaya memperbodohkan Malaysiakini yang memetik sumber berita secara membabi buta






Berikut merupakan kaedah sebenar pemilihan:

Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Namun Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX

Selepas itu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dandigunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong Pertama hingga Kesembilan) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan (rujuk giliran pada gambar senarai Agong di bawah)

1. Negeri Sembilan, 2. Selangor, 3. Perlis, 4. Terengganu, 5. Kedah, 6. Kelantan, 7. Pahang, 8. Johor, 9. Perak

Oleh itu, proses pengundian sepatutnya adalah untuk memilih Sultan Kelantan. Jika Sultan Kelantan mendapat 5 undi maka akan dilantik sebagai YDP Agong. Untuk makluman juga, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menepati syarat-syarat untuk dilantik sebagai YDP Agong. (sila rujuk laman web penyimpan mohor besar Raja-raja). 

Yang Tidak Layak Dipilih YDP Agong
Perlembagaan memperuntukkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali:-
  • Raja itu belum dewasa;
  • Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa Baginda tidak berhasrat dipilih; atau
  • Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima orang Raja.

Adakah Sultan Muhammad V belum dewasa? TIDAK
Adakah Sultan Muhammad V tidak berhasrat dipilih? TIDAK
AdakahMajlis Raja-Raja buat ketetapan dengan undi sulit kerana Sultan Muhammad V itu tidak sesuai kerana kelemahan akal atau tubuhnya? TIDAK

Tuduhan, dakwa dan alasan sesetengah orang untuk menidakkan Sultan Muhammad V untuk dilantik sebagai YDP Agong adalah tidak terpakai, berniat tidak baik, dengki, dan berlagak sombong serta jahil peraturan.

Agak pelik, apabila kenyataan Admin JOHOR Souther Tiger seolah-olah menyatakan pengundian dibuat terhadap Sultan yang lain pula. Hujah yang menyatakan Sultan lain telah dipilih malah menolak pemilihan tersebut bagi menghormati sistem pengiliran atau alasan ingin memberi laluan kepada Sultan Mohammad V adalah kenyataan yang kelakar  dan mengelirukan kerana tiada keperluan membuat pemilihan terhadap Sultan lain selain Sultan Kelantan pada masa ini kerana Sultan Kelantan berada dalam posisi yang layak dan menepati syarat yang ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.

Diulang, tiada keperluan memilih Sultan lain kerana Sultan Kelantan berada dalam keadaan yang LAYAK dan MENEPATI SYARAT-SYARAT yang ditetapkan. Oleh itu tidak timbul isu Sultan "tersebut" TOLAK dengan apa sebab sekalipon sama ada ingin hormati sistem penggiliran atau ingin memberi laluan.

Sepatutnya jika Sultan Kelantan menolak (tidak Berhasrat Dipilih) menjadi YDP Agong, pemilihan seterusnya adalah terhadap Sultan Pahang dan Bukannya Sultan Johor

(Dalam bahasa mudah orang kampung, proses memilih seumpama hendak pilih menantu, katakan jika kuasa memilih terletak pada 9 orang iaitu ayah, mak, mak sedara, pak sedara, abang sulung, abang tengah, kakak, adik 1 dan adik 2. Si "Bakal Menantu bernama Ali" di bawa kehadapan pihak memilih, jika 5 orang daripada 9 itu setuju, maka Ali akan dipilih, jika kurang daripada 5 yang memilih, maka Ali ditolak sebagai menantu. Jadi tidak timbul soal pengundian terhadap orang lain selagi pemilihan Ali belum selesai. Malah agak kelakar jika menyatakan Ali dapat jadi menantu disebabkan Brahim tolak tak nak jadi menantu. Nama Brahim tak pernah timbul dalam soal ini)



p/s: Pemilihan YDP Agong TIDAK sama dengan pemilihan Pengerusi Persatuan Kompang Kampung Felda Medoi. Sapa nak calonkan angkat tangan dan bagi nama. Bila dah dicalonkan, Brahim, Mail, Ali sila keluar bilik sebab nak ngundi. Keputusan Brahim dapat 150 undi, Mail dapat 50 undi, Ali dapat 100 undi, maka Brahim dilantik jadi Pengerusi. Namun Brahim tak mahu, jadi Brahim tolak jawatan tu dan BERI LALUAN kepada Ali. Ini pemilihan Pengerusi Persatuan KOMPANG, BUKAN proses pemilihan YDP AGONG.

Sila rujukan kedudukan giliran



2 comments:

  1. taksub melampau BANGSA JOHOR dengan ketrunan mereka sehingga semua perkara nak dijuarai. BOSANN!!

    ReplyDelete
  2. Bangsa johor punya pasallah ni. Dia rasa dia lain dari org lain. Padahal sama je. Bila cuba nak beza2kan ..inilah jadinya. Biarlah kerja tu Najib yg buat. Majority pun tak terima. Tapi sebab kita sayang raja2 melayu ..ikut jelah kalau tak melampau. Ingatlah sikit ..tak guna jadi raja kalau rakyat tak dijaga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com