innity

pages

Wednesday, October 5, 2016

Kuasa Agong Melantik PM TERMASUK Kuasa Melucutkan PM - Tun Mahathir


Sebentar tadi berlangsung sidang akhbar oleh Tun Mahathir yag menjelaskan pertemuan beliau dengan YDP Agong yang telah cuba dispinkan pleh pejabat PM sebelum ini.

Saya sertakan video penuh sidang akhbar tadi di bawah.

Antara point utama penjelasan Tun tadi adalah di mana Tun menyebut bahawa dalam Perlembagaan termaktub satu perenggan khas mengenai kuasa Agong dalam MELANTIK dan MEMECAT Perdana Menteri.

Power to appoint includes power to dismiss 

Kuasa MELANTIK termasuk kuasa MELUCUT / MEMECAT. 





Tun Mahathir turut meminta seluruh rakyat yang perihatin dengan nasib negara agar bersama2 mendesak Majlis Raja2 yang akan bersidang pada 11 Oktober ini, supaya membincangkan dan seterusnya bertindak selaras dengan aduan rakyat @ Deklarasi Rakyat.

Turut disentuh adalah Akta MKN yang mana telah diredah oleh Najib walaupun pihak Majlis Raja2 telah meminta kerajaan supaya menyemak kembali usul tersebut tapi Najib tidak mengendahkannya. Najib hanya menunggu sehingga tempoh masa berlalu dan dengan sendirinya usul itu diluluskan.

Rakyat mendaulatkan Tuanku .... tapi apakah kerajaan sendiri mendaulatkan Tuanku ?

Para macai pasti akan berkata - bukankah Tun Mahathir sendiri yang telah buang kuasa Raja2 ?

Perkara ini sudah dijelaskan oleh Tun dalam artikel Chedet - APOLOGY,   di mana Tun menulis  -

23. Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza. Pindaan tersebut tidak melucutkan lebih 30 perkara lain dibawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. 



- Din Turtle

3 comments:

  1. Tun selamba je minta maaf kpd rakyat dan raja atas apa yg dia telah lakukan kepada kuasa raja2, dgn alasan 30 lagi perkara dia tak usik. Yang dia telah usik dan rosakkan ada dia ulas? Mestilah tak, kan. Betul dan setuju bahawa kuasa agong melantik dan boleh memecat pm. Tapi jangan rasa diri tu punya kuasa eksekutif menasihati agong untuk memecat pm. Kuasa menasihat agong dah berlalu, iaitu semasa beliau menjadi pm dulu. Jika agong berhasrat memecat pm, tentunya dengan cara dan siasatannya sendiri, bukan semata2 aduan dari bekas pm yang sebenarnya mempunyai hubungan tidak baik dgn raja2 ketika jadi pm dahulu. Ada yang betul mahathir buat tapi yang melampau juga ada. Sebagai bekas pm paling lama dlm sejarah negara kita, sepatutnya berwatak lebih telus, lebih jujur dan adil. Jangan seperti budak2 politik yang masih berhingus dan tidak matang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menasihati atau bercakap tanpa contoh dan tauladan lebih baik diam. Takut cakap tak serupa bikin saja..

      Delete
  2. Argh..u get out no fotin kliaun!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com