innity

pages

Sunday, October 30, 2016

"KRISIS HUTANG BARU" bekas anak syarikat 1MDB] SRC International mungkin jual asetnya kepada syarikat China


Krisis hutang baru menghantui bekas anak syarikat 1MDB, SRC International yang meminjam RM4 bilion daripada dana pencen penjawat awam.

Straits Times Singapura melaporkan, perunding kerajaan Malaysia sedang membincangkan pengambilalihan aset SRC International oleh sebuah syarikat China bagi mendapatkan modal baharu untuk membiayai pinjaman 10 tahun Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

Akhbar itu melaporkan, SRC International bergelut membayar faedah tahunan dan bakal menghadapi cabaran pada awal tahun depan, apabila ia perlu membuat pembayaran faedah dan pembayaran balik sebahagian daripada jumlah prinsipal.

KWAP ialah dana pencen negara untuk 1.6 juta penjawat awam dan menurut laporan itu, SRC boleh menimbulkan masalah baru buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
SRC International adalah anak syarikat 1MDB yang menjadi milik penuh Kementerian Kewangan. Ia ditubuhkan pada awal 2011 untuk membuat pelaburan strategik sumber tenaga di luar negara.
SRC yang diambil alih Kementerian Kewangan sejak itu, dikaitkan dengan deposit RM42 juta ke akaun peribadi Najib, pada 2013. Perdana menteri berkata, beliau tidak sedar tentang perkara itu.
Straits Times melaporkan, SRC membayar RM164 juta faedah tahunan kepada KWAP, bagaimanapun ia perlu membayar RM660 juta pada tahun depan dan RM964 juta pada 2018, ketika ia mengurangkan jumlah prinsipal.
“Ini perlu diselesaikan dan satu daripada pilihan yang sedang dipertimbangkan adalah penjualan aset dan liabiliti syarikat kepada pihak baru,” kata seorang eksekutif kewangan yang terbabit dalam penstrukturan semula korporat di 1MDB.
Akhbar itu memetik laporan tahunan SRC 2014 yang syarikat itu mempunyai RM305.6 juta pelaburan di Malaysia dan RM3.8 bilion di luar negara serta melaporkan kerugian sebanyak RM164.5 juta bagi tahun kewangan berakhir Mac 2014. - FMT

9 comments:

  1. KALAU SETAKAT JUAL LELONG ASET KEPADA SYKT CHINA SAPA2 PON BOLEH

    ReplyDelete
  2. Kerajaan china perlu berfikir secara strategik kesannya membantu najib.

    Jika kerajaan china membantu najib, bermakna mereka membantu dan melindungi penyamun dan bukan rakyat malaysia.

    Rakyat negara ini akan memerhatikan tingkah laku kerajaan china ini.

    ReplyDelete
  3. Negara barat semua x nak deal dgn najib dah..hanya negara china yang nak..sbb china tau najib terdesak...amik kesempatan lar kiranya..lagi pun bangsa china ni mmg etika dia lebih kurang najib gak..sama2 penyamun...

    ReplyDelete
  4. ELOK MALAYSIA MASUK.PAKATAN BRICS... FILIPINA SEDANG MELAKUKAN KE LANGKAH ITU... PANGKALAN MARINE USA DI FILIPINA.AKAN DITUTUP DI BAWAH PRESIDENT DUARTATE..

    ReplyDelete
  5. Lagi2 nk jual dkt sykt china.... Asal p china msti da benda yg china dpt...

    ReplyDelete
  6. Terdesaknya najib memberi peluang kpd China utk memiliki bumi melayu ni. Pemimpin rosak akan buat apa sj asalkan dia terselamat dari penghinaan. Tapi pemimpin rosak ni tak perduli nasib bangsa, nasib anak cucu kita. Akhirnya kita gadai bumi kita pd bangsa Han, bangsa penjajah. China adalah merbahaya.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah...Kau hancurkanlah Najib dan konco2 nya sebagaimana Kau telah hancurkan Firaun Hamman dan Karoun.

    ReplyDelete
  8. Orang yang terdesak seperti najib tidak mampu mentadbir negara dengan sebaik mungkin. Malah boleh menjurus ke arah kehancuran. Selayaknya najib meletakkan jawatan supaya negara dan rakyat bertambah maju.. Tak kan nak nak tunggu TN50-2050..semua mp mungkin dah mati.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com