innity

pages

Thursday, October 20, 2016

[KOS SARA HIDUP] Suara rakyat yang gelisah makin kuat, kata Pak Nil


Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi mengakui tidak terlepas daripada mendengar keluh-kesah rakyat negara ini yang kian terbeban dengan pelbagai kesempitan ekonomi terutama kos sara hidup yang semakin meningkat.
Justeru, ujar beliau yang merupakan ikon Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bajet 2017 masih mampu untuk menjadi platform kepada kerajaan untuk 'mengubati' kesulitan rakyat.
Jelas beliau, suara rakyat yang berada dalam kegelisahan semakin kuat didengari dan sewajarnya keresahan mereka diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan.
"Semua orang mengeluh sekarang, semua orang bercakap tentang 'kesakitan' ekonomi dan kehidupan, kita tidak boleh bermain wayang,” katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif bersama beliau, semalam.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, Aznil yang popular dengan gelaran Pak Nil, 53, berkata, kehidupan rakyat tidak boleh digambarkan meriah kerana pada realitinya mereka tidak boleh diletakkan dalam situasi senang mahupun selesa.
Sebagai contoh, Aznil membandingkan kadar pertukaran wang terlalu tinggi menyebabkan kesukaran untuk bersaing dengan kehidupan dari negara lain atas sebab pelbagai faktor.
Masalah kewangan turut menghimpit penggiat seni yang terkapai-kapai untuk kekal dalam bersaing dalam industri yang saiznya kecil.

7 comments:

  1. Banyak dapat job dengan permata ..apa ada hal. Takyah nak buat macam ambik berat sangat. Kalau betul2 nak rasa susah. Lawanlah sekali. Setakat cakap je ..aku pun boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya saya tidak faham maksud ayat diatas

      Delete
  2. TUN M BOLEH!!!

    BERSATU BOLEH!!!

    NAJIB/UMNO BOLEH!!!...... BOLEH BELAH!!!!

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya yg merasa hidup susah hanyalah penyokong pembangkang. Mereka bukanya merasa hidup susah tetap buat2 susah dan mengeluh bagi mengambarkan kononya ekonomi negara merosot. Heran juga saya yg berpendatan rendah tdk pernah merasa hidup susah.
    Mengenai harga barang mahal....siapa ke yg menaikan harga barang? Kerajaan ke atau peniaga? Perlu diketahui majoriti peniaga terdiri dari kaum cina dan kita semua pun maklum pendirian politik kaum ini. Dengan menaikan harga barang jualan mereka berharap rakyat akan marah pada kerajaan dan Perdana Menteri. Ini lah bahaya permainan politik kaum ni.

    ReplyDelete
  4. Mahathir telah banyak merosakan minda rakyat dengan penipuan dan fitnah2 beliau terhadap kerajaan dan Najib.

    ReplyDelete
  5. Mahathir telah banyak merosakan minda rakyat dengan penipuan dan fitnah2 beliau terhadap kerajaan dan Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen bangang diatas adalah satu contoh dari seorang warganegara bangang...

      Negara dah jahanam tapi ko masih bangang!


      Syabas! Teruskan jadi manusia yg PEKAK BISU BUTA TULI

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com