innity

pages

Monday, October 31, 2016

[KIH!KIH!KIH!] New Najib selalu isytihar cukainya, kata Azalina

Datuk Seri Najib Razak tidak pernah gagal mengisytiharkan cukainya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said di Parlimen hari ini.
Dalam jawapan bertulis kepada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar), Azalina berkata pengisytiharan itu dibuat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut undang-undang.
“Najib isytihar cukainya setiap tahun kepada LHDN, berdasarkan kepada kiraan dan kadar ditetapkan lembaga itu,” katanya.
Terdahulu, Ko bertanya Najib sebagai menteri kewangan dan perdana menteri, adakah beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan mengisytiharkan cukai pendapatan mereka secara umum, sama seperti amalan Presiden Barack Obama dan bekas perdana menteri Britain David Cameron.
Beliau juga bertanya adakah pasangan itu akan mengumumkan badan amal yang menerima sumbangan peribadi daripada mereka.
Azalina tidak menjawab soalan itu, dan berkata dengan ringkas:”Itu hak mana-mana pemimpin untuk menyumbang kepada mana-mana badan amal.”
Pengkritik sebelum ini berulang kali mempersoalkan sama ada perdana menteri membayar cukai untuk sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Bagaimanapun, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata Najib tidak perlu membayar cukai daripada RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya, kerana cukai sepatutnya ditanggung penderma, bukan penerima. -FMT

4 comments:

  1. Semua isu negara dan ros jib mesti dihebahkan...pakatan harapan mesti keceruk kampung dan desa..hebahkan kebejatan umno bn
    Keris pahang

    ReplyDelete
  2. Semua isu negara dan ros jib mesti dihebahkan...pakatan harapan mesti keceruk kampung dan desa..hebahkan kebejatan umno bn
    Keris pahang

    ReplyDelete
  3. Orang lain pun selalu isytihar cukai jugak.

    Tapi gaya hidup mewah mereka anak beranak tu sepadan ke dgn cukai yg diisytihar?

    Rakyat biasa sibuk lhdn nak siasat bagai...

    Bersikap adil lah beb..

    ReplyDelete
  4. Cukai sepatutnya ditanggung penderma, bukan penerima.
    Hahahaha. ayat paling tidak masuk akal...
    ada juga manusia yang berfikiran macam nie.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com