innity

pages

Saturday, October 8, 2016

[KERANA MASUK BERSATU] Shahruddin ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi ITBM serta-merta oleh KPM


KUALA LUMPUR: Datuk Dr Shahruddin Md Salleh ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, melalui pesanan aplikasi WhatsApp kepada Astro AWANI pada Jumaat malam.

“Apabila dia (Shahruddin) jadi setiausaha parti pembangkang, buat apa hendak bagi dia berkhidmat dengan kerajaan lagi,” ujarnya ringkas.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memberitahu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada Menteri Pendidikan Malaysia di bawah Artikel 135(1) Tataurusan Syarikat Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Shahruddin ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah ITBM berkuat kuasa serta-merta.

Shahruddin telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah ITBM pada 1 Februari 2010 sehingga 31 Januari 2012.

Kemudian beliau sekali lagi dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah di institut berkenaan apabila kontrak beliau disambung pada 1 Februari 2012 sehingga 31 Januari 2014.

Walau bagaimanapun, pada 19 April 2013, beliau telah melepaskan jawatan berkenaan kerana terlibat dengan politik.
Namun, pada 1 Julai 2013, Shahruddin sekali lagi dilantik oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu bagi memegang jawatan yang sama di ITBM sehingga 30 Jun 2015.

Setelah tamat, kontrak Shahruddin disambung sebagai Pengerusi ITBM berkuat kuasa mulai 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2017.

5 comments:

  1. Umno bn tak insaf .kemaruk duit. Lupa hakikat makrifat
    Keris pahang

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat, jawatan diberi atas sbb politik dan bukan sbb kemampuan. Mana la nak maju.

    ReplyDelete
  3. Lantik pas tak masaalah kpd bn.

    ReplyDelete
  4. Betul la tu. Dah jadi pembankang tak kan msh nak kerja ngan kerajaan. Ibarat tuan bagi makan, lps tu gigit tangan tuan. Tak tau nak berterima kasih n bersyukur pd rezeki yg ada...

    ReplyDelete
  5. Kalau pembangkang burkuasa pun mereka mesti melakukan yang sama juga....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com