innity

pages

Saturday, October 22, 2016

[MMA MINTA POLIS MOHON MAAF] Kenyataan KPN berhubung Tangkapan Dr. Thanendran, Doktor Hospital Serdang









Sebelum ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa polis memohon maaf berhubung insiden seorang doktor lelaki dikasari sepasukan polis di Hospital Serdang pada 7 Oktober lepas.
Presidennya, Dr John Chew berkata, Dr R. Thanendran menjadi mangsa kesilapan polis selepas beliau melarikan diri daripada anggota pasukan keselamatan itu ketika diarahkan berhenti.
"Kami mahukan permohonan maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan, walaupun selama ini kami berdiam diri kerana semua doktor berhati mulia.
"Bagaimanapun, tiada permohonan maaf yang dikemukakan. Kami faham dengan‎ kekesalan yang diluahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Namun MMA tetap membantah kenyataan itu dan kekal dengan pendirian Kementerian Kesihatan untuk memastikan keselamatan pegawai kesihatannya dalam premis mereka," kata Dr Chew. 
‎Terdahulu, Khalid menyatakan kekesalannya dalam insiden di mana Pasukan Khas Unit Jenayah Terancang mengasari seorang pegawai perubatan di Hospital Serdang.
Bagaimanapun, Khalid menegaskan polis tidak akan memohon maaf atas insiden itu dan mempertahankan pasukan tersebut yang telah melakukan tugas dengan betul.
"Pasukan Khas itu sedang memburu suspek bersenjata dan mereka perlu menjalankan tugas dan mempunyai cara tersendiri mengendalikan penjenayah. Doktor itu berlari ketika diminta berhenti. 

"Apabila anda diminta berhenti, anda perlu berhenti," kata Khalid. - Bernama

6 comments:

  1. Kenapa perlu lari? Kalau lari pastilah polis akan kejar. Kalau tak salah, relak ajelah dan beri kerjasama. Sengaja mengundang kontroversi dan tidak memberi kerjasama kepada penjawat awam ketika bertugas adalah satu kesalahan... Aku cadangkan jika mma masih berdegil minta polis mohon maaf, elok sahaja charge doktor itu mengganggu tugas polis. Biar masuk lokap balik...

    ReplyDelete
  2. ...then fuck you and the IGP. Boleh?

    ReplyDelete
  3. Klu tak salah doktor tu kenapa lari..bila lari menimbulkan syak menasabah satu kesalahan mungkin dilakukan..tak payah layan dangan MAA ni. Bukan semua doktor hati mulia..yg buat jenayah pun ada..yg nampak mulia tu pasal ada rm. didepan mata. Klu tak ada rm. Hati mulia pun tak ada..

    ReplyDelete
  4. Awat hg lari cek..depa panggil hang pi lah kat depa.yg salah je yg lari bila dah jadi mcm ni polis jugak hangpa salahkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com