innity

pages

Thursday, October 20, 2016

KENAPA NAMA2 YG MENJURUS KPD SESUATU BENDA HARAM PERLU DIUBAH UTK DAPAT SIJIL HALAL?


Makanan bukan hanya perlu mempunyai standard halal semata-mata tetapi mestilah tayyib.

Ahli Jawatankuasa Pensijilan Halal Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, tayyib itu mempunyai makna yang luas, iaitu bersih: baik daripada aspek penyediaan; baik daripada aspek bahan dan baik daripada aspek nama.

"Nama produk atau restoran mestilah tidak mengelirukan atau menjijikkan.'Hotdog', tahi itik, rootbeer dan lain-lain, semua itu menggambar perkara yang tak baik dalam makanan.

"Walaupun ia hanya sekadar nama bukan pada bahan,tetapi nama melambangkan keperibadian dan kewibawaan syariat Islam.

"Oleh itu, Jakim dan Jabatan Agama Negeri perlu mengambil pendekatan 'Sad Dharai' iaitu menutup pintu-pintu  yang boleh mengelirukan makanan orang Islam di masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Izhar Ariff yang juga Ahli Majlis Perundingan Islam Negara berkata demikian bagi menghurai kekeliruan yang wujud dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini, rentetan isu sebuah restoran terkenal menggunakan istilah 'hotdog' dalam menu makanan sehinggakan ia mencetuskan pelbagai pendebatan.

Tambah Mohd Izhar Ariff pada hari ini, terdapat produk makanan yang mengelirukan umat Islam seperti 'non alcoholic', 'no pork' dan lain-lain.

"Atas dasar yang sama segala produk makanan yang menggunakan nama agama atau nama yang menjijikkan tidak akan diberi sijil halal," katanya yang juga merupakan pensyarah Fiqh Makanan UKM.

Katanya lagi, usaha ini dilakukan dalam memperkasa pensijilan halal bagi memelihara kesejahteraan agama dan syariat Islam di Malaysia, termasuklah dalam aspek penambahbaikan terhadap prinsip 'Halalan Tayyiban'. - SH

KENAPA NAMA2 YG MENJURUS KPD SESUATU BENDA HARAM PERLU DIUBAH UTK DAPAT SIJIL HALAL?
Kerajaan sedang usahakan iaitu memperkasakan Maqasid Syariyyah dalam setiap agensi kerajaan yg antaranya hub halal jakim dan JAIN. Usaha memperkasa pensijilan halal sedang giat dijalankan bagi memelihara kesejahteraan Agama dan syariat Islam di Malaysia. Termasuklah penambahbaikan terhadap prinsip "Halalan Tayyiban". Makanan bukan hanya halal semata tetapi mesti Tayyib. Halal jelas. Manakala Tayyib membuatnyai makna yg luas iaitu:


- Bersih.
- Baik dari aspek penyediaan.
-Baik dari aspek bahan.
- Baik dari aspek nama.

Nama produk atau restoran mestilah tidak mengelirukan atau menjijikkan. Hotdog, tahi itik, rootbeer dll semua itu menggambar perkara yg tak baik dalam makanan. Walaupun ia hanya sekadar nama bukan pada bahan, tetapi nama melambangkan keperibadian dan kewibawaan syariat Islam. 

Oleh itu, JAKIM dan JAIN mengambil pendekatan "Sad Dharai'" iaitu menutup pintu2 yg boleh mengelirukan makanan orang Islam di masa akan datang. Di tambah pula pada hari ini, terdapat produk makanan yg mengelirukan umat Islam seperti "Non alcoholic" " No Pork" dll... Atas dasar yg sama segala produk makanan yg menggunakan nama agama tidak akan diberi sijil halal agar agama tak dijual beli atau dijadikan alat yg menguntungkan sebelah pihak.

Dato' Dr Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim
Ahli Majlis Perundingan Islam Negara/ AJK Pensijilan Halal N. Selangor./ Pensyarah Fiqh Makanan UKM.

4 comments:

  1. Tak tau la nak cakap apa dengan jakim nie, sepatutnya najib tu perlu diiystiharkan halal atau haram kerja2 menyamun dia tu....

    Atau sekurang kurang minta jakim nasihatkan najib berehat buat sementara, biarkan pihak berkuasa dalam dan luar negara selesai menjalankan siasatan mereka.

    Mana lebih besar masalah?

    Najib mencuri duit rakyat atau perkataan hotdog? rootbeer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedua dua nya masalah besar

      Delete
  2. Bugis_pirate is throwing smoke-bomb at every opportunity there exist or create one.....why? So that the 'heist-of-the-century' be muted ie. JAN (Auditor General) has confirmed bloody 7 BILLION is unaccounted for and 1MDB's as thieving-vehicle just wouldn't 'die-off' from the discussion on the streets.

    And, now its seemed JAKIM has joined the frays, or being used, deliberately or not, but Anon 5:00 PM has VALID QUESTION/S!

    ReplyDelete
  3. Kuih Taik Itik yg famous kat Kelantan halal tak Tuan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com