innity

pages

Saturday, October 15, 2016

Kenapa Najib Dedahkan 2 Pemimpin Punca Ketegangan Kaum?


KENYATAAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Menyalahkan Anwar ibrahim dan Dr Mahathir Dalam Ketegangan Kaum menunjukkan hilangnya kewarasan Najib.

1. Najib telahpun sampai ke penghujung destinasinya dan beliau sedar bahawa jalan penamatnya sudah tidak dapat dielakkan lagi. Sejak kebelakangan ini komentarnya memperdengarkan nada sumbang yang tidak tertanggung halwa telinga rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan perpaduan. Begitu payah beliau cuba memperbetulkan kesilapannya yang telah meruntuhkan negara ini, namun beliau masih gagal menemui sentuhan ajaib yang diimpikannya.

2. Sejak kebelakangn ini sokongan terhadapnya semakin pudar. Dia mungkin sudah sedar bahawa dia tidak lagi diperlukan oleh rakyat Malaysia.

3. Laporan DOJ hampir menjadi saksi kejatuhannya dan dia seakan telah nampak pintu selamat tinggal. Namun sahabat setia sekelilingnya memberi bantuan hayat buatnya kerana mereka sedar jika Najib berundur mereka akan pasti dihambat undang-undang dan pihak berwajib. Pasti mereka akan jatuh bersamanya.

4. Najib tidak boleh lagi bergantung kepada undi bukan Melayu untuk memenangi pilihanraya umum yang akan datang. Dia tiada pilihan lain selain daripada membawa watak sebagai Juara Melayu. Beliau mungkin berpendapat dengan cara begini, setidak-tidaknya beliau akan berjaya meraih sokongan Melayu. Namun dia mengundang perpecahan kaum di negara ini.

5. Najib kini dilihat sebagai Perdana Menteri Melayu yang bercelaru dan bukannya Perdana Menteri Malaysia. Dengan pantas muncul kumpulan yang kononnya mempertahankan bangsa Melayu dan kepentingan mereka. Mereka melakukan apa saja yang mereka suka dengan mengetepikan undang-undang negara. Mereka bertindak ganas terhadap kumpulan yang berarak secara aman dalam menyatakan rasa gundah gulana mereka terhadap kerajaan yang ada di bawah Najib.

6. Namun kumpulan ini dilabel sebagai samseng dan disanggah oleh bangsa Melayu keseluruhannya. Bangsa Melayu juga mempersoalkan mengapa tiada tindakan pantas yang diambil terhadap kumpulan perosak negara ini. Mereka berpendapat bahawa pasti ada tangan-tangan jahat di belakang gerakan ini.

7. Rakyat juga musykil mengapa tiada kenyataan tegas dan jelas dibuat mengenai kumpulan yang berbahaya ini. Adakah keadaan huru hara ini bakal dijadikan alasan oleh Perdana Menteri untuk melaksanakan Akta Keselamatan Negara yang kononnya untuk menjaga keamanan negara?

8. Najib juga terasa terancam dengan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diasaskan oleh Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin. Ramai yang telah menunjukkan minat yang menakjubkan terhadap parti baru yang dilihat sebagai penyelamat kepada masa depan rakyat Malaysia. Sokongan datang bukan saja daripada bangsa Melayu tetapi juga bukan Melayu.

9. Dalam masa yang amat singkat Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah berjaya menjadi jambatan kepada sebuah pakatan pembangkang yang kukuh.

10. Kita faham mengapa Najib menyalahkan Anwar dan Mahathir terhadap masalah kaum di negara ini.

11. Apabila Mahathir dan kemudian Muhyiddin bertemu Anwar, rakyat Malaysia menjadi amat teruja dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Secara spontan Pakatan Pembangkan kelihatan gah dan sukar dikalahkan.

12. Mungkin masanya telah sampai untuk Najib bermain kotor dalam kancah politik yang semakin sukar buatnya. Cara yang paling mudah ialah menimbulkan isu perkauman yang boleh mengelirukan rakyat.

13. Najib sudah tidak punya hormat terhadapnya. Dia yang berhadapan dengan tuduhan korupsi telah mengambil jalan dengan bermain api perkauman dalam usaha mengekalkan kuasa. Dia terlupa bahawa parti dan pentadbitannya dipalitkan dengan masalah kleptokrasi yang besar. Tiada ikatan perpaduan yang kelihatan dalam pentadbirannya.

14. Najib juga mungkin terlupa bahawa keputusan pilihanraya ke 13 di bawahnya menunjukkan polarisasi kaum yang amat meruncing dalam sejarah tanah air.

15. Kepada Najib kami ingin bertanya kemana perginya 1 Malaysia.

BERSATU BERAMANAH BERMARUAH

1 comment:

  1. Apa lak 2 individu. Najib salah tu. Penasihat dia pun bangang nak mampus. Sebenarnya berjuta org suruh dia berhenti. Dia je buat muka tak malu. Dia je yg menakutkan rakyat. Takkan ada perpecahan. Berambuslah najib barulah tau

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com