innity

pages

Tuesday, October 11, 2016

[KENA TERAJANG BUKAN POLIS] Polis nafi peserta Bersih 5 anggota PDRM


Polis hari ini menafikan dakwaan kononnya peserta konvoi Bersih 5 yang diserang oleh kumpulan Baju Merah pada 8 Oktober lalu adalah seorang anggota PDRM.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintandan Nor Azmi Isa mengesahkan bahawa Yusaini Kassim bukan anggota polis sebagaimana yang didakwa di laman sosial.
Katanya, Yusaini telah membuat satu laporan polis pada hari kejadian selepas beliau ditendang dan dipukul oleh beberapa orang penyokong Baju Merah di simpang lampu isyarat di Sepintas, Sabak Bernam.
“Beliau adalah seorang kakitangan di sebuah agensi kerajaan yang bertugas sebagai Pembantu Am Rendah, Gred N1 dan bukannya seorang anggota PDRM sepertimana yang telah diviralkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu katanya, polis akan menjalankan siasatan terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan perkara berkenaan yang disifatkan sengaja dilakukan untuk memburuk-burukkan imej PDRM.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com