innity

pages

Wednesday, October 19, 2016

[KAMI TIDAK BERSAMA SHAFIE DALAM HAL INI] Shafie Tak Sokong Usul Hadi


Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal memilih untuk tidak menyokong usul hudud Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika ia dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.
Bekas naib presiden Umno itu berkata, pendiriannya berhubung perkara itu sama seperti Sarawak.
"Biar jelas, saya tidak akan menyokongnya," kata Shafie kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.
Beliau juga berkata bahawa kerajaan perlu untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Sabah.
Shafie merujuk kepada Rang Undang-Undang Persendirian yang akan dibentang Abdul Hadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah). 
BN Sarawak telah berkata bahawa mereka tidak akan menyokong usul Hadi, iaitu Rang Undang-Undang Ahli Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
Setakat Rabu, perundangan itu berada di nombor tujuh aturan mesyuarat sidang Dewan Rakyat.

p/s: Celahgelegar tidak bersama Datuk Seri Shafie Apdal dalam soal ini.

3 comments:

  1. Steady CG..gua sokong lu..

    ReplyDelete
  2. Sabar dan sarawak tak kuat Islam, kristian yang berkuasa

    ReplyDelete
  3. Syafie tetap opportunist demi undi. Takda parti politik dan sesiapa kita boleh percaya melainkan PAS bergabung dgn NGO muslim yg berjuang demi Islam. Yg lain hanya kemaruk kuasa, bila berkuasa tipu rakyat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com