innity

pages

Sunday, October 30, 2016

Jutawan BANGLASIA, tidak buat pinjaman bank, tiada YB atau VIP yang bantu, Kini bina 2 unit kondominium 20 tingkat di Taman Harmoni, Gombak

Bilal (kiri) dan Saifullah
Siapa sangka Billal Hossain Abdul Awal, 46, (kiri) kini menjadi jutawan walaupun kedatangannya ke Malaysia pada 29 tahun lalu hanya sekadar mahu membantu perniagaan abangnya.
Syaifullah Md Nozir, 35, pula berjaya menjadi pengurus syarikat landskap dan nurseri walaupun 10 tahun lalu dia datang ke negara ini hanya mahu menyambung pengajian.
Ikuti pengalaman dua warga Bangladesh ini yang menganggap Malaysia dilimpahi ‘hujan emas’ asalkan rajin dan bijak memanfaatkannya.
Pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia ketika berusia 17 tahun, Billal datang bersama seorang abangnya yang menetap di Jerman kerana melancong.
“Entah kenapa saya terus jatuh hati dengan Malaysia. Sebab itulah apabila abang menawarkan kerja di sini, saya terus datang dan bekerja di Sabah.
“Di Sabah saya uruskan pemasaran dan pengedaran syarikat pengeluar pakaian milik abang yang mempunyai kilang di Bangladesh,” katanya.
Selepas lima tahun mengumpul pengalaman dalam bidang perniagaan, Billal mengambil keputusan membuka syarikat sendiri.



Namun, perniagaan itu tidak kekal kerana ditipu rakan kongsi warga tempatan. Dia terpaksa membuka syarikat baru pada tahun 2001 dikongsi bersama isterinya yang juga rakyat tempatan.
“Jodoh kami bagaimanapun tidak panjang. Hanya dua tahun. Selepas bercerai, saya cari rakan kongsi lain yang juga warga tempatan,” katanya.
Bermula secara kecil-kecilan, syarikatnya menjadikan urus niaga hartanah sebagai fokus perniagaan walaupun turut membuka kedai runcit dan tanaman sayuran.
Saya fokus pada urus niaga hartanah dengan membeli tanah, lot kedai dan rumah sedikit demi sedikit yang kemudian saya sewakan.
“Semua aset itu saya beli secara tunai. Selain memperoleh sumber pendapatan secara bulanan melalui sewaan, saya dapat jadikannya sebagai pelaburan,” katanya yang kini sudah bergelar jutawan.
Billal berkata, aset dan perniagaan hartanah jarang rugi kerana harganya terus meningkat.
“Walaupun tidak berpelajaran tinggi, saya banyak belajar melalui pengalaman kerana mula dari bawah,” katanya.
Terkini, dia membuat perancangan membina dua unit kondominium 20 tingkat di tanah lot yang dibeli di Taman Harmoni, Gombak.
Dulu saya beli tanah itu dengan harga RM2 juta, kini harga nilainya mencecah RM20 juta. Daripada menjual tanah itu, saya fikir lebih baik bina kondominium bagi meningkatkan pendapatan.
Bagaimanapun, hasrat itu terbantut seketika apabila dia bercerai dengan isterinya, warga tempatan, yang dikahwininya pada tahun 2001.
Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan dua anak berusia 13 dan 11 tahun.
Ditanya mengapa memilih Malaysia sebagai lokasi perniagaan, Billal berkata, persaingan tinggi di Bangladesh menyebabkan dia sukar mengukuhkan empayar di negara asalnya.
“Di Bangladesh, penduduknya ramai iaitu sekitar 140 juta orang, jadi peluang perniagaan agak berisiko melainkan anda ada banyak modal.
Harga tanah di Bangladesh juga jauh lebih mahal berbanding Malaysia. Malah, lebih mudah berniaga di sini kerana saya hanya perlu fokus kepada perniagaan dan tidak perlu terbabit dengan politik,” katanya.
Billal yang kini mendapat taraf pemastautin tetap berkata, Malaysia menawarkan peluang sama rata kepada semua orang asalkan mereka rajin.
Dia turut memiliki perniagaan sampingan seperti tanaman sayuran, ternakan kambing dan lembu serta kedai runcit.
“Kini, saya menanam sayur di Bukit Kundang, Hulu Langat di tanah seluas 0.8 hektar. Sebelum ini saya pernah sewa 242 hektar tanah di Cameron Highlands untuk tanam sayur tapi disebabkan pemiliknya ambil balik, sekarang saya dalam proses mencari tanah lain di sekitar Perak dan Pahang,” katanya.

Rezeki selepas tak mampu tamatkan pengajian

Tujuan utama dia datang ke negara ini pada tahun 2006 ialah untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) di sebuah kolej swasta di Lembah Klang.
Bagaimanapun, cita-cita Syaifullah Md Nozir, 35, terbantut apabila dalam tempoh tidak sampai setahun, dia terpaksa berhenti kerana tidak mampu menampung kos pengajian.
“Walaupun gagal menamatkan pengajian, saya tak pulang ke Bangladesh kerana tiket penerbangan mahal.
“Sebaliknya saya ambil keputusan terus tinggal di Malaysia selepas mendapat kerja di sebuah syarikat landskap di Sungai Buloh.
Meskipun skop tugasnya sangat luas seperti perlu menjadi jurujual, membuat rekaan hiasan taman dan pemasaran, anak kedua daripada empat beradik itu tetap tekun dan menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan.
Hasilnya, dia diberi kepercayaan menguruskan syarikat landskap berkenaan dengan gaji agak tinggi.
Ditanya perasaannya selepas tidak dapat menamatkan pengajian, riak wajah Syaifullah terus berubah kerana dia harapan keluarga kerana menjadi anak lelaki pertama dalam keluarga.
“Saya datang sini untuk belajar. Banyak duit dihabiskan bapa yang ketika itu masih bekerja sebagai guru.
“Ketika saya ambil keputusan tidak meneruskan pengajian kerana berkurangan wang, bapa pula sudah pencen. Jadi segala tanggungjawab keluarga terletak di bahu saya,” katanya.


Syaifullah berkata, ketika masih belajar dia cuba bekerja sambilan di hotel sekitar Kuala Lumpur untuk menampung kos pengajian tapi masih tidak mencukupi kerana banyak persaingan.
“Ramai orang tempatan kerja di hotel dan pada masa sama bapa saya sudah pencen. Jadi saya banyak berfikir mengenai nasib keluarga dan nekad berhenti belajar untuk bekerja di sini,” katanya.
Kesukaran mendapat kerja di Bangladesh juga menjadi penyebab utama dia terus menetap di Malaysia.
Sebagai contoh, katanya, seorang adiknya yang menamatkan pengajian ijazah sarjana di sebuah universiti di Bangladesh juga belum dapat kerja kerana persaingan sangat tinggi.
“Sebenarnya pemegang ijazah sarjana di Bangladesh hanya dibayar gaji RM1,000 sebulan.
“Ini menyebabkan adik membuat bisnes kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaannya tapi sumber utama kewangan keluarga datang daripada saya seorang,” katanya.
Berikutan itu, dia yang sudah 10 tahun bekerja di sini tidak akan pulang ke negara asal buat sementara waktu kerana mahu mencari wang untuk menampung keluarganya.
“Mungkin apabila wang dikumpul sudah cukup untuk membayar hutang keluarga baru saya akan pulang terus ke Bangladesh,” katanya.
Syaifullah yang sudah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata di tanah airnya berkata, kebiasaannya dia pulang ke kampung setahun sekali selama sebulan.
“Saya ada rancangan buka bisnes sendiri di sini tapi belum berkesempatan. Jika ekonomi sudah kukuh mungkin boleh bawa isteri dan anak tinggal bersama di sini,” katanya.
Artikel ini disiarkan myMetro pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 11:15 AM

2 comments:

  1. Nk tau mcm mana warga asing jd kaya disini? Diaorg ni memang pemurah sgt..pemurah bg rasuah pd pegawai kerajaan di jbtn yg berkaitan dgn kepentingan diaorg. Trust me. Diaorg kawin dgn perempuan sini bukan sb cinta tp sb nk hidup kaya di msia.

    ReplyDelete
  2. Orang bangla sejak dulu lagi mempergunakan wanita malaysia berkahwin untuk kepentingan diri dan bangsa mereka sendiri..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com