innity

pages

Tuesday, October 25, 2016

Jururawat Dirogol Dan ‘Dibuang’ Selepas Berhibur


HABIS manis sepah dibuang. Itu yang berlaku kepada seorang jururawat yang ditinggalkan dalam keadaan separuh bogel di kawasan Perindustrian Bleteh, Sarawak, kelmarin.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai dirogol secara bergilir-gilir oleh dua lelaki yang dikenalinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai jururawat desa di sebuah pusat kesihatan ditemui orang awam sebelum polis dan ambulans dimaklumkan untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, mangsa yang berusia 22 tahun itu keluar berhibur bersama rakannya di dua buah pusat karaoke di sekitar daerah itu sehingga awal pagi.
Mangsa dikatakan berkenalan dengan dua lelaki dan dipercayai mengambil minuman keras sehingga mabuk.
Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freedy Bian berkata, susulan kejadian itu, dua lelaki berusia 23 dan 26 tahun ditahan.
Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan di sekitar bandar daerah berkenaan selepas beberapa jam laporan dibuat susulan mereka merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa.
“Suspek mengaku keluar bersama mangsa namun mendakwa wanita itu ke sebuah pusat karaoke bersama individu lain,” katanya.
Freedy berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa yang kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Kapit.
Katanya, polis masih menunggu keterangan daripada mangsa bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kejadian.
Menurutnya, dua suspek ditahan reman untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – MYNEWSHUB.CC

2 comments:

  1. Sapa suruh pi mabuk..nk gelak pun ada,nk kesian pun ada.

    ReplyDelete
  2. Peringatan pd gadis2 yg nk belajar minum arak atau kaki mabuk supaya jgn minum air kencing setan. Ini kira ok lah buang tepi jln tanpa seluar kalau nasib tk baik kena tinggal tepi jln dgn badan tanpa kepala.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com