innity

pages

Friday, October 21, 2016

[ISU PECAH AMANAH WANG SUMBANGAN] 'Saya tak mahu komen, rujuk peguam saya'


KUALA LUMPUR - Adik bongsu mangsa nahas Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke), Muhammad Faizznurr Asyraf Husain, 26 sedang berkira-kira untuk mengambil tindakan ke atas  pihak yang menyebarkan tuduhan ke atasnya.

Enggan mengulas lanjut, bapa saudara kepada Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan Nur Firuza Aqila, 5 itu berkata, dia kini sedang berbincang dengan peguam tentang tindakan undang-undang yang boleh diambil.

"Sekarang saya tak boleh nak komen apa-apa. Awak (Penulis) boleh tanya peguam saya."Saya bukan nak lari tapi sekarang orang dah tuduh saya macam-macam. Saya sedang bincang strategi undang-undang dengan peguam," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Nama Faizznurr menjadi sebutan ramai kebelakangan ini apabila kakak kedua Allahyarham Fairuz, Yusnida Husain; 48, mendakwa Faizznur pecah amanah.

Faizznurr didakwa hanya menyerahkan RM12,000 daripada RM300,000 hasil sumbangan orang ramai kepada dua kanak-kanak terbabit.

Amira dan Aqila adalah anak pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari yang maut dalam nahas membabitkan Myvi di Lebuhraya Duke, Mei tahun lalu. - SH

2 comments:

  1. Tak perlulah libatkan mahkamah.
    Kalau ikhlas, tunjukkan saja akaun derma tu, tinggal
    berapa inggit. Baru dapat rm300 rib um dah gelap mata.
    Tak heran orang yang dapat DERMA 2.6 billion terus lesap!!!
    Like leader, like followers.....huhuhu

    ReplyDelete
  2. aku pelik, kenapa tak dari awal, letak akaun tu nama anak yatim tu, kenapa nama En faiz, kan senang. tak jadi tuduh-menuduh.
    Dulu pun ada kes, letak nama anak yatim tu, jumlah semua sekali, RM 105,000.00 satu sen pun tak kurang. milik penuh anak yatim tu.
    Umur dah 26thn bukan budak lagi, patut dah matang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com