innity

pages

Saturday, October 29, 2016

Ismail Sabri TURUN TARAF dari Menteri kepada Pegawai Khas / Juru Cakap Datuk Seri Khairuddin

Agak pelik dan memalukan apabila Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menurunkan tarafnya daripada Menteri kepada Juru Cakap Datuk Seri Khairuddin apabila pantas memberi penjelasan kepada umum, alasan kenapa Khairuddin keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Sedangkan pada masa itu, Penasihat PPBM, Tun Dr. Mahthir Mohammad sendiri berkata beliau belum lagi mengetahui mengenai perkara tersebut.
Ismail Sabri sebelum ini menjelaskan Khairuddin merupakan antara orang terpenting dalam peringkat awal penubuhan PPBM. Beliau menerangkan Khairuddin keluar parti kerana sudah hilang keyakinan dan percaya parti tersebut tidak mampu menjatuhkan Umno.
Ismail yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas merasmikan Fiesta Bera 5 di Dataran Kerayong.
Pada Khamis, Khairuddin mengumumkan dirinya keluar daripada PPBM berkuat kuasa serta-merta dengan alasan “pemergiannya” adalah untuk membolehkannya memberi tumpuan kepada kes mahkamah yang sedang dihadapinya dan melawan segala korupsi.
Bagaimanapun, Dr Mahathir selaku pengerusi PPBM yang ditemui media pada Jumaat, mengesahkan beliau tidak dimaklumkan mengenai tindakan itu dan perlu “bercakap sendiri” dengan Khairuddin untuk mengesahkan berita tersebut.

1 comment:

  1. Mail ni barang pun dah tinggi setengah inci. Haritu kat Bera beribu yg hadir masa program bersatu. PRU dulu pun menang tak seberapa. Lepas ni duduk rumahlah. Boleh berkaraoke dengan anak dia. Parlimen Bera confirm jatuh kalau calon baik lawan Mail.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com