innity

pages

Tuesday, October 18, 2016

Hari kedua Dewan Rakyat: Usul RUU 355 jatuh kedudukan ke bawah


Hari kedua sidang Dewan Rakyat hari ini, menyaksikan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang akan dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditolak ke bawah dalam kertas aturan urusan mesyuarat Parlimen.

Terdahulu, pada hari pertama, semalam usul ini tidak sempat dibahaskan memandangkan ia tersenarai pada kedudukan keempat aturan mesyuarat,dan hari ini pula ia jatuh ke nombor tujuh.

Difahamkan, usul pindaan akta ini diturunkan untuk memberi laluan terlebih dahulu kepada usul yang akan dibawa kerajaan.

Untuk rekod, pindaan akta ini hanya memerlukan majoriti mudah dan tidak perlu mendapatkan sokongan dua pertiga dewan.

Sementara itu minggu ini juga, Dewan Rakyat akan memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak .

Sidang Parlimen kali ini akan berakhir pada 24 November.

Jika usul itu terus ditolak ke bawah, Abdul Hadi masih berpeluang memohon kerajaan menaikkan usul berkenaan.

1 comment:

  1. UMNO mempermainkan PAS dan tuntutan sebhgian umat Islam yg cintakan keadilan Islam.
    PAS akan sentiasa dianggap pengacau sahaja. UMNO tak pernah hormat pd PAS melainkan utk titi penyelamat di kala UMNO sdg tenat.
    PAS mesti didik ahlinya erti sebuah maruah. Maruah mesti dipertahankan hatta bersendirian. Parti UMNO akan permainkan PAS, parti PKR dan DAP akan permainkan PAS. PAS mesti jadi parti pengganti kpd UMNO. Bagaimana? Apa cara nak ajak ahli UMNO sertai PAS? Bawa masuk tokoh tokoh yg dihormati rakyat. Buat program di lubuk UMNO.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com