innity

pages

Thursday, October 27, 2016

GANJIL KE? Wanita BERTUDUNG tapi merokok, pakai ketat, peluk artis Korea, minum arak




DIMANA GANJILNYA?

Ya memang terlalu GANJIL bila wanita bertudung merokok di khalayak ramai sewaktu berhadapan dengan lelaki...

Memang GANJIL bila wanita bertudung memenuhi konsert dan pelbagai program lagho. 

LEBIH GANJIL bila wanita bertudung berpakaian ketat dan turut menari zumba dan gelek di khalayak ramai, apatah lagi yang sudah separuh umur.

GANJIL sekali bila wanita bertudung berebut rebut bersalaman dengan artis Korea, bahkan rela naik ke pentas untuk dipeluk dan didakap semahunya.

GANJIL juga bila wanita bertudung turut mengunjungi pusat hiburan dan karaoke. Dengan selamba menghisap rokok, meneguk arak dan menari-nari. Trend terkini pula wanita bertudung berebut-rebut nak jadi penyanyi....

PALING GANJIL apabila wanita bertudung dan sudah bersuami boleh diajak melakukan seks secara terbuka oleh seorang rakan lelaki di hadapan rakan-rakannya yang lain. 

Tanpa segan silu mengikuti lelaki naik ke bilik hotel untuk itu dan turun semula. Sudah macam pelacur lagaknya...

Ironinya... rakan-rakan lain boleh meneruskan sembang dan menanti rakan wanita ini turun semula tanpa merasa berdosa dan berusaha menasihati atau melarang perbuatan terkutuk itu.

BANYAK LAGI PERBUATAN GANJIL LAINNYA...

Termasuklah wanita bertudung yang saban hari menyumpah seranah menggunakan perkataan lucah.

Ramai juga ibu-ibu yang bertudung namun membiarkan, malah membelikan pakaian seksi untuk anak-anak gadisnya.

Semua itu menggambarkan sejauh mana keikhlasan kita dalam hidup beragama. Tanpa nasihat menasihati, maka itu pertanda agama sudah tiada kerana agama itu adalah NASIHAT.

IKHLAS itu berasal dari kata pokok 'KHOLAS' atau berhabis. Fenomena ini menampakkan kita tidak mukhlis atau berhabis lagi dalam usaha untuk memenuhi tuntutan agama. Kita ikut mana yang kita suka secara ala kadar sahaja.

Ini yang Nabi SAW katakan "wanita berpakaian tetapi seperti telanjang". Bertudung namun masih menarik aura dengan bonggol unta di kepala dan baju ketatnya, bahkan berpakaian namun MENELANJANGKAN kelakuan buruk di khalayak ramai.

Islahkanlah...
WARGA PRIHATIN

2 comments:

  1. Hahaha! Syabas artikel ni...kena sangat dgn keadaan skrang..

    Wanita akhir zaman...mahu kan "hak ke-sama-rata-an"...inilah jadinya!

    Jika lelaki boleh merokok & berperangai tak senonoh...kenapa wanita tak boleh, kan?

    Apa istilah tuu...Errr...'Feminist Pioneer' ke 'Women of Liberty' ke apa ntah..

    Subhanallah! Apa yg Nabi SAW sabda dulu tuu semua nya skrang "terungkai satu per satu"..

    Laa'ila Haa'Ill'Lal'Lah Muham'Madur'Rasul'Lul'Lah...

    ReplyDelete
  2. Takda ganjilnya pompuan merokok. Bini aku start merokok sejak form 1 lg. Biasa la, zaman skolah baru nk up. Nk cuba2. Mcm laki gak lah. Lama2 jadi habit sampai dewasa. Nak brenti tp bila dh jd perokok tegar mmg agak susah. Aku yg x merokok ni pun faham keadaan bini aku yg kuat merokok. Walaupun dia brtudung, ayu, lemah lembut, aku xkisah. Yg penting dia berazam utk brenti 1 hari nnti. Jgn hanya nk pandang serong

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com