innity

pages

Tuesday, October 25, 2016

[FUND JDT VS HOSPITAL] Tunku Idris: Ask Your Government Where is the Budget for Hospital


Seluruh negara masih lagi bersedih dengan insiden kebakaran wad kecemasan yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pagi tadi. Apatah lagi apabila ada nyawa yang terkorban dalam tragedi tersebut.

Golongan diraja negeri Johor turut terkesan dengan tragedi yang menimpa rakyat negeri itu. Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris melahirkan takziah kepada keluarga mangsa disamping mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital, pihak bomba dan mereka yang terlibat dalam usaha menyelamatkan mangsa dan memindahkan pesakit. Ucapan tersebut disampaikan melalui satu postyang dimuatnaik ke laman Instagram baginda.

Ucapan Takziah Tunku Idris…



Bandingkan Peruntukan JDT Dengan Hospital…



Dalam banyak-banyak komen sokongan yang ditinggalkan di post Tunku Idris tersebut, terdapat individu yang membandingkan HSA dengan hospital kerajaan di negara jiran serta mengaitkan dengan persoalan membina padang JDT yang menelan kos berjuta ribu ringgit. Komen tersebut telah mendapat perhatian Tunku Idris dan dibalas oleh baginda sendiri.


Tunku Idris menggesa individu tersebut supaya membuat research sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Baginda menjelaskan bahawa hospital terletak dibawah tanggunhg jawab kerajaan Malaysia. Menurut baginda lagi, dana untuk JDT dan hospital adalah dua perkara yang betul-betul berbeza. Boom! Free-free kena ‘sekolahkan’ dengan Tunku Idris.

Rakyat Jelata Sokong Tunku Idris 




Wad Diraja Untuk Pesakit Yang Terpaksa Dialihkan…



DYAM Sultan Johor bertitah agar Wad DiRaja digunakan untuk para pesakit yang terpaksa dialihkan. Allah Peliharakan Sultan.



Selain itu, rakyat turut berterima kasih dengan titah Sultan Johor yang memberi kebenaran untuk menggunakan wad Diraja bagi para pesakit yang terpaksa dialihkan. Alhamdulillah!
Sumber: Instagram Tunku Idris, Twitter Johor Southern Tigers

http://www.ohbulan.com/

5 comments:

  1. Kenapalah rakyat malaysia ni yek.... setiap tragedi nesti nak salahkan oihak lain...... hospital sultanh aminah tu dah melalui pelbagai proses upgrading...... siapa nak tahu tragedi nak berlaku..... segala peralatan yg ada di hosoital tu adalah antara yang terbaik..... api dimana sahaja sama dan sifatnya adalah membakar... takira benda baru atau lama..... tolonglah jadi manusia yg reti bersyukur.... dan juga redha ngan ketentuannya...... jahat sangat ker kerajaan pusat.... di kluang ada hospital baru yg besar...... jangan lupa nak tanya ngan masyarakat kita.... temoat lain tak nak hosoital ker?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12.12

      "jahat sangat ker kerajaan pusat.... "

      Memang jahat, terutamanya yg menyamun wang dan harta rakyat!

      Delete
  2. Ignorant is virtue nowadays, even among the new generation of royalty...

    ReplyDelete
  3. aku pun rasa nak tukar kerajaan gak, dah kerajaan la ni asyik silap je, buat ape pun tak pernah orang ucap terima kasih. aku saja nak tengok nasib orang melayu bila cina memerintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila cina nak memerintah?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com