innity

pages

Sunday, October 23, 2016

[ENCIK AZIZAN] Sila SELAK Helaian Dalam Buku Ini


Universiti Malaya (UM) mengeluarkan kenyataan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan (PhD) kepada mana-mana individu bernama Azizan Osman. 

Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Kehormat UM dalam kenyataannya, berkata kekeliruan timbul apabila isu berkenaan dibangkitkan di laman media sosial. 

"Semakan universiti mendapati tiada individu dengan nama sedemikian, menerima ijazah kehormat berkaitan keusahawanan," kata kenyataan itu. 

Penjelasan itu dikeluarkan susulan dakwaan seorang penceramah motivasi terkenal, memaparkan kelayakan kelulusan PhD Kehormat yang didakwa diterima daripada UM, hingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen dan orang ramai.

Selepas Universiti Malaysia (UM), 2 lagi universiti tempatan tampil menafikan penganugerahan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada perunding motivasi yang menghasilkan beberapa buku mengenai pemasaran dan menganjurkan seminar motivsi.
Dua universiti itu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).
Menurut laporan Berita Harian, jurucakap Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjelaskan pihaknya tidak pernah menyenarai nama individu bernama Azizan Osman sebagai penerima anugerah PhD universiti berkenaan.
Malah, pihaknya turut membuat semakan bagi mengesahkan tiada individu dengan nama sedemikian memiliki PhD dalam jurusan psikologi seperti yang didakwa.
“Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM,” katanya seperti yang dipetik dari Berita Harian.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com