innity

pages

Tuesday, October 25, 2016

[DS SHAFIE APDAL BAHAS BAJET2017 DI PARLIMEN] 'Ribuan kerja Proton, MAS tapi 1MDB Arul Kanda saja'


Bekas naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyanggah pihak yang mengkritik tindakan kerajaan menyelamatkan Proton Holding Bhd (Proton) dan syarikat Malaysia Airlines (MAS) pada era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mohd Shafie yang kini menjadi presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) memberitahu ia tidak boleh disamakan dengan tindakan kerajaan kini menyelamatkan 1MDB.
Katanya Proton dan MAS menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.
"Sedarkah kita, begitu banyak kereta Proton di atas jalan raya, ada 30,000 anak bangsa kita menjadi vendor dia.
"MAS sampai sekarang masih boleh terbang (beroperasi) walaupun rugi. Berapa banyak anak bangsa kita bekerja di bawah MAS?" katanya.
Bagaimanapun kata bekas menteri itu, keadaan sama tidak dapat dilihat pada syarikat 1MDB.
"Yang saya nampak (di 1MDB) hanya Arul Kanda saja yang bekerja," katanya merujuk kepada presiden dan ketua pegawai eksekutif syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan itu.

3 comments:

  1. Tentu ramai juga pekerja dalam 1MDB + juga dalam syarikat yang dilaburnya

    ReplyDelete
  2. Naya arul kanda kena kutuk di parlimen hehe

    ReplyDelete
  3. Nak buat keja klepet mana boleh buat ramai ramai bro.... Mahai gaji tu mana 1MDB sanggup bayaq kalau keja ramai ramai...nanti toke klepet nak dapat apa....hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com