innity

pages

Friday, October 14, 2016

(DAKWA SULTAN KELANTAN JADI AGONG SEBAB SULTAN JOHOR TOLAK) Netizen KECAM FB JOHOR Southern Tigers Berlagak Penyimpan Mohor Besar Raja




Minta Admin JOHOR Southern Tiger belajar kaedah pemilihan YDP Agong seperti yang dijelaskan dalam laman web Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja


Berikut merupakan kaedah sebenar pemilihan:

Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Namun Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX

Selepas itu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dandigunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong Pertama hingga Kesembilan) mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan (rujuk giliran pada gambar senarai Agong di bawah)

1. Negeri Sembilan, 2. Selangor, 3. Perlis, 4. Terengganu, 5. Kedah, 6. Kelantan, 7. Pahang, 8. Johor, 9. Perak

Oleh itu, proses pengundian sepatutnya adalah untuk memilih Sultan Kelantan. Jika Sultan Kelantan mendapat 5 undi maka akan dilantik sebagai YDP Agong. Untuk makluman juga, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menepati syarat-syarat untuk dilantik sebagai YDP Agong. (sila rujuk laman web penyimpan mohor besar Raja-raja). 


Yang Tidak Layak Dipilih YDP Agong
Perlembagaan memperuntukkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali:-
  • Raja itu belum dewasa;
  • Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa Baginda tidak berhasrat dipilih; atau
  • Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima orang Raja.

Adakah Sultan Muhammad V belum dewasa? TIDAK
Adakah Sultan Muhammad V tidak berhasrat dipilih? TIDAK
AdakahMajlis Raja-Raja buat ketetapan dengan undi sulit kerana Sultan Muhammad V itu tidak sesuai kerana kelemahan akal atau tubuhnya? TIDAK

Tuduhan, dakwa dan alasan sesetengah orang untuk menidakkan Sultan Muhammad V untuk dilantik sebagai YDP Agong adalah tidak terpakai, berniat tidak baik, dengki, dan berlagak sombong serta jahil peraturan.

Agak pelik, apabila kenyataan Admin JOHOR Souther Tiger seolah-olah menyatakan pengundian dibuat terhadap Sultan yang lain pula. Hujah yang menyatakan Sultan lain telah dipilih malah menolak pemilihan tersebut bagi menghormati sistem pengiliran atau alasan ingin memberi laluan kepada Sultan Mohammad V adalah kenyataan yang kelakar  dan mengelirukan kerana tiada keperluan membuat pemilihan terhadap Sultan lain selain Sultan Kelantan pada masa ini kerana Sultan Kelantan berada dalam posisi yang layak dan menepati syarat yang ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.

Diulang, tiada keperluan memilih Sultan lain kerana Sultan Kelantan berada dalam keadaan yang LAYAK dan MENEPATI SYARAT-SYARAT yang ditetapkan. Oleh itu tidak timbul isu Sultan "tersebut" TOLAK dengan apa sebab sekalipon sama ada ingin hormati sistem penggiliran atau ingin memberi laluan.

Sepatutnya jika Sultan Kelantan menolak (tidak Berhasrat Dipilih) menjadi YDP Agong, pemilihan seterusnya adalah terhadap Sultan Pahang dan Bukannya Sultan Johor

(Dalam bahasa mudah orang kampung, proses memilih seumpama hendak pilih menantu, katakan jika kuasa memilih terletak pada 9 orang iaitu ayah, mak, mak sedara, pak sedara, abang sulung, abang tengah, kakak, adik 1 dan adik 2. Si "Bakal Menantu bernama Ali" di bawa kehadapan pihak memilih, jika 5 orang daripada 9 itu setuju, maka Ali akan dipilih, jika kurang daripada 5 yang memilih, maka Ali ditolak sebagai menantu. Jadi tidak timbul soal pengundian terhadap orang lain selagi pemilihan Ali belum selesai. Malah agak kelakar jika menyatakan Ali dapat jadi menantu disebabkan Brahim tolak tak nak jadi menantu. Nama Brahim tak pernah timbul dalam soal ini)

p/s: Pemilihan YDP Agong TIDAK sama dengan pemilihan Pengerusi Persatuan Kompang Kampung Felda Medoi. Sapa nak calonkan angkat tangan dan bagi nama. Bila dah dicalonkan, Brahim, Mail, Ali sila keluar bilik sebab nak ngundi. Keputusan Brahim dapat 150 undi, Mail dapat 50 undi, Ali dapat 100 undi, maka Brahim dilantik jadi Pengerusi. Namun Brahim tak mahu, jadi Brahim tolak jawatan tu dan BERI LALUAN kepada Ali. Ini pemilihan Pengerusi Persatuan KOMPANG, BUKAN proses pemilihan YDP AGONG.



Antara komen netizen:

Zarif Haizad Perlantikan YDPA adalah mengikut sistem penggiliran.. Pemangku YDPA telah ditentukan sebelum beliau menjadi YDPA lagi dan diputuskan oleh Majlis Raja Raja Melayu.. Ketika Sultan Abdul Halim (YDPA sekarang) dilantik sebagai YDPA, memang Sultan Muhammad (Kelantan) menjadi pemangku.. Statement ni menunjukkan seolah2 sultan Johor "bagi chance" pulak dekat Sultan Kelantan sedangkan memang dia yang akan jadi YDPA selepas ini jika ikut sistem penggiliran.. Tak kisah lah kalau nak bangga dengan sultan sendiri tapi salasilah raja berpelembagaan ni janganlah disentuh..

Adam Idris Salam,

Setahu saya, memang mengikut tradisi supaya YDPA dipilih mengikut aturan yg telah di tetapkan. Sepanjang sejarah, memang belum pernah tradisi ini tidak diikuti.
Ya, mungkin saya salah, tetapi bolehkah admin memberikan bukti bahawa tradisi ini telah diabaikan. Adekah ini berita rasmi dari persidangan majlis raja-raja?
Betulke persidangan majlis raja2 abis lebih kuram sejam yg lepas?
Kalau betul berita admin, adalah bagus kalau DYMM Sultan Johor bertindak sedemikian, jika tidak, di harap admin menukar pendirian.
Saya juga berharap admin dapat menerangkan dan memberi "link" kepada kenyataan ini.


Iswan Ismail Macam ni la admin, kekalkan ja peranan sebagai juara bola sepak dan pejuang dalam isu FAM. Isu teknikal mcm ni, korang jangan nak highlight..dah tentu orang Bash, sbb persekutuan Malaysia bukan atas johor semata mata.

Kheyr Hameed Admin..tak payah share benda tak sahih. Admin part of secretary majlis raja-raja ke? Wow. Saya pun org johor tapi saya kalau berita tak sahih mcm ni..saya tak berani nak buat story. Besar implikasinya.

Segala perbincangan majlis raja2 adalah sulit. Demi reputasi bangsa johor dan DYMM sultan dan sultanah johor, mohon admin delete berita ni.


Sharwadi Mahamood Bahaya buat dakwaan tiada asas dan bukti semata2 untuk kemegahan dan menarik sokongan peminat. Alangkah baik kalau post bertujuan memberi kefahaman sebenar kepada peminat macam mana kaedah atau mekanisme pemilihan dibuat tanpa perlu membuat andaian awal walhal proses sebenar masih belum selesai. Mana2 sultan yg dipilih menjadi YDPA pun kita sebagai rakyat yang patriotik perlu memberi taat setia demi kemajuan nusa bangsa dan negara. Allahuakbar!!

Jack Whossin II Ini merupakan satu provokasi oleh admin page ni untuk merosakkan hubungan baik antara Ore Klate dgn Bangsa Johor. Ketahuilah bahawa undi Raja Raja adalah RAHSIA dan mana mungkin admin page mengetahui? Janganlah rosakkan hubungan antara rakyat sedangkan Raja-Raja kita amat menghormati satu sama lain. Contohilah mereka!

Muhammad Khairuddin Admin xyah citer bnda mcm.tu.. nampak mcm sultan kelantan lak yg nk sgt jwtan tu.. citer pasal bola sudah la.. kan admin ni admin fb bola.. xyah nk menjilat sgt

Hakim Ibnu Ismail Al-Kelantany Sekiranya sultan kelantan menolak jadi agong, baru tawaran dibuat kpd sultan pahang...kalau sultan pahang juga menolak baru ditawarkan kepada sultan johor...sekiranya sultan kelantan diundi tidak layak menjadi agong, barulah ditawarkan kepada sultan pahang untuk menjadi agong...x timbul soal sultan johor ditawar menjadi agong...

Mohd Amarul Haikal Bukan ke ikut sistem giliran memang giliran Sultan Muhammad V yang akan ditabal sebagai YDPA ? Kenapa tiba-tiba ada isu menolak tawaran ?

Shahridza Subhan Bro.... admin tidak ada tawaran dalam menjalankan tugas bro admin....ikut que laa..memang turn kelantan.. 

Panglimo Merah kau ni berniat nk mrendahkn sultan kelantan ke admin ? xpyh nk belagak mcm ko ada sekali dlm mesorat raja2

Wan Mohd Hafizal Undian raja2 bkn ke sulit?? Pm sndri pun xtaw kot.. tetiba org awam bleh tahu ni cmna?? Rmi plk PA istana..

Baju Murah Pandai2 dia je buat kyataan..sultan johor tak buat kytaan..dia yg lbih2

Ahmad Fahmi Undian Majlis Raja2 bkn sama spt undian Presiden FAM iaitu ahli gabungan mengundi sape yg layak..Utk mjadi Agong,mengikut giliran calon Agong adalah sultan klate...so undian dibuat oleh 8 lagi raja2 Melayu..undian setuju ke tak sultan klate jadi Agong,bknnya siapa jd Agong..
Info sahih org istana..

10 comments:

  1. Tak kisah lar sapa yang jadi Agong..yang tentunya Najib masih lagi the King...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tak kesah lantak ko lah, aku orang kelantan aku kesah pasal Sultan aku, aku mmg marah kat fb johor ni bangang

      Delete
    2. Hahahaha Maroh Kakloh Demo....

      Delete
  2. Apa nak kecuh sapa pun jadi agong ianya tetap sultan kita..tak kiralah raja mana...aku stuju jer..ini perkara kecik jer..jgn kecuh lah bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko cakap elok2, kan aku bagi napa siro, yg johor kata gitu sebab apo, nak gocoh ko

      Delete
    2. Haloh bodo ya amat demo ni. Bendo kecik jah.. Nok gocoh pah ceroh. Mapuh gi LA ko sek dio. Toksoh nok jadi debe la.

      Delete
  3. Sapa jd Agong pun...najib ttp maharaja...maharajalela

    ReplyDelete
  4. Wooiiiiii ..bangsa johor jgn buat main2. Tu pasal org marah. Macam melayu johor lain dari yg lain. Rupanya sama je. Tak payahlah bangsa johor ni. Yg penting islam dan melayu yg taat pada agama.

    ReplyDelete
  5. tu lar..gah sangat kunun bangsa Johor..najib rembat duit negara..bangsa Johor nganga jer...bangsa Johor ni hebat kat stadium je..lain2 tak leh pakai gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam negeri korang bagus sangat. Pakhang lagi la tadah je duit najib pastu penjilat tegar si najib. Lagi x bleh pakai.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com