innity

pages

Friday, October 28, 2016

[DAKWA LANGGAR SUMPAH KERAHSIAN] Peguam: Tindakan Speaker tegur bekas menteri tidak wajar


Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur sikap ketidakbertanggungjawaban beberapa bekas menteri yang juga merupakan ahli parlimen kerana didakwa mendedahkan maklumat kerajaan, adalah tidak wajar.

Peguam Syahredzan Johan berkata, ucapan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di dalam Dewan Rakyat sebelum ini adalah merupakan persoalan yang diutarakan dan bukannya merupakan pendedahan maklumat kerajaan.

“Pada saya, tak ada apa-apa peraturan Parlimen yang dilanggar dengan persoalan diutarakan oleh mereka dan tak sepatutnya Speaker membuat teguran sebegitu.

“Apa yang diutarakan oleh Husni sebelum ini adalah persoalan sebagai seorang ahli parlimen dan ia memang sepatutnya ditanya di Parlimen.

“Persoalan diajukan itu adalah releven dan bukannya melanggar mana-mana peraturan Parlimen,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pandikar menegur sikap sebilangan bekas ahli menteri yang juga merupakan ahli parlimen kerana didakwa mendedahkan maklumat kerajaan termasuk melanggar sumpah kerahsiaan.
Pandikar berkata, sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat, beliau hanya boleh mengingatkan tindakan itu dan sekiranya terbukti, pihak berkenaan boleh disiasat di bawah Akta Hasutan dan Peraturan Mesyuarat 36 (12).

Dalam pada itu, Syaredzan memaklumkan bahawa Peraturan Mesyuarat 36 (12) memperuntukkan mana-mana ahli parlimen yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan Rakyat adalah disifatkan menghina Majlis dan pihak berkenaan boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.

“Jadi kalau betul kenyataan tersebut mengelirukan Dewan Rakyat, pihak kerajaan boleh membentangkan usul untuk rujuk mereka ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Saya tak nampak bagaimana ia boleh melanggar Akta Hasutan mahupun Peraturan Mesyuarat 36 (12),” katanya.

Beliau berkata, peranan Speaker Dewan Rakyat adalah berkenaan tatacara Parlimen itu diikuti sama ada peraturan dalam Parlimen itu dipatuhi mahupun tidak.

Sebelum ini, Muhyiddin dalam ucapannya menegaskan, Kabinet tidak berunding mengenai pembentukan 1MDB dan merahsiakan kedudukan kewangannya sehingga skandal itu meletus.

Selain itu, Husni dan Mohd Shafie turut melontarkan pelbagai persoalan mengenai 1MDB ketika berucap di Dewan sebelum ini. - SH

7 comments:

  1. Pandikar Jamban..dapat jamban...terus jadi anjing yang setiaa

    ReplyDelete
  2. 1MDB business Babe, ada pula kimak dah sabo. Macam tak biasa pula damage control lah untuk untuk kepentingan Negara & kerajaan. Lu macam tak sekolah zaman Mandey dulu banyak kali damage, 2.6B tu cam celah gigi masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu bebual pakai celah dubur!!

      Buktikan kalau ada damage semasa Tun berkuasa saperti yang telah di buktikan merata Dunia mengenai penyelewengan 1MDB Berbillion2 Dolar!!

      Jangan cuma pandai BEBUAL KONEK!!!

      Delete
  3. 1mdb business babe! Duit siapa?...mengaku 2,6b ujud? Duit siapa tu?

    ReplyDelete
  4. 1mdb bukan isu 2.6b la cai..isu hutang 53b..ada paham ka..53b bole jd 100b kalau x bayar

    ReplyDelete
  5. Bagi rakyat marhaen mcm gua ni, respons2 mcm ni la yang menguatkan lagi dakwaan bekas2 menteri ni sbb secara tak langsung dia sahkan gomen sorok maklumat. Sama jg dengan siasatan polis terhadap org2 yang sebarkan maklumat gomen kerana langgar osa. Itu sahkan la maklumat yg disebar tu betul. Kalau x kenapa nak siasat? Lain la kalau kata sebar maklumat palsu.. tapi itu nak siasat bwh akta apa? Tak menghasut cuma palsu je ie berbohong la. Kesimpulannya gua pelik dgn pejuang2 ni yg 4ever menggali lubang kubur sendiri

    ReplyDelete
  6. Apa nak kecuh bro...dia org buat hal biar dia org berbalah..kita tgok jer..kita campur pun bukan ada faedah..lantak dme ler...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com