innity

pages

Sunday, October 16, 2016

[CAJ RM32 RIBU] Pusat Perubatan Darul Rizqi buat pengumuman, DITUTUP termasuk semua laman sosial Darul Rizqi



Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi membuat pengumuman bahawa mereka telah menutup pusat perubatan tersebut berkuata kuasa serta merta.

Mereka juga menyatakan pusat tersebut sedang disiasat oleh pelbagai agensi kerajaan dan juga NGO.

"Untuk meredakan keadaan yang seperti telah di 'Viralkan' sepatutnya Pihak Individu tersebut berjumpa terus kepada kami tentang kami ketidakpuashatian terhadap mutu perkhidmatan kami. Memandangkan perkara ini telah terjadi, pihak Pengarah Syarikat kami MENUTUP serta merta bagi memuaskan hati Warga Malaysia yang telah tersinggung dengan perkara ini" jelas blog pusat perubatan tersebut.

Pusat perubatan tersebut juga menjelaskan bahawa Jumlah Bayaran seperti dinyatakan adalah TIDAK BENAR sama sekali, ianya cuma 'Sebut Harga' yang pihak kami keluarkan dan BUKAN bayaran sebenar yang kami terima. Ianya adalah kesalahfahaman/ kekeliruan tentang Bil yang telah dikeluarkan.


Invois Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi Melaka.
Jumlah keseluruhan rawatan : RM 32 800
Bayaran imbasan penyakit "scan" - RM300
Air Yasin Penawar Darul Rizqi - 2 botol percuma
Diagnos:
1. Masalah urat saraf - RM 10k
2. Masalah rahim senget - RM 4.3k
3. Masalah buah pinggang bengkak - RM 10k
4. Masalah kencing manis - RM 5k
5. Santau patung berjasad - RM2.6 k
6. Mandian Sunnah tutup ubat - RM900

Sebelum ini viral di media sosial luahan ramai orang tatkala membaca sekeping bil bayaran pusat rawatan Islam yang berjumlah RM32,000.

Bil itu dimuat naikkan oleh anak mangsa, Sholehin yang mendakwa pusat rawatan Islam tersebut menipu dan hanya menggunakan agama untuk kepentingan tertentu.
Kisahnya bermula apabila Sholehin pergi ke pusat itu bersama ibuya, Selasa lalu setelah pihak hospital gagal mengetahui punca sebenar penyakit kaki ibunya.
Menurut Sholehin, pada awalnya dia dikehendaki sekadar membayar RM300 untuk pengimbas penyakit ibunya.
“Mula-mula rasa berat dah, fikirkan masalah mak aku.. aku pun kumpul duit dengan abang dan isteri aku untuk dapatkan jumlah RM300. Dan dia kata rawatan susulan percuma… aku pun okla. Dia listkan penyakit-penyakitnya,” ujarnya dalam status di Facebook miliknya.
Namun, apa yang mengejutkan, pusat perubatan itu kemudian menyerahkan caj harga rawatan penuh yang mencecah lebih RM32,000. 
“Mahal mak datuk… lepas tu dia bagi tawaran turun harga RM22,000… bapak dia… katanye itu caj bagi dia tanggung risiko untuk mak aku,” katanya lagi yang selepas itu mengajak ibunya pulang.
Bagaimanapun, kerana ibunya sudah tidak tahan menanggung sakit, wanita itu kemudian memberikan rantai tangan emas yang berharga kira-kira RM4,000, untuk bayaran suku rawatan.
Pusat rawatan itu juga menyarankannya membeli air Yasin berjumlah RM40. Namun, dia enggan kerana sudah tiada wang.
Lebih menghampakan, setelah pulang dari berubat, ibunya mendakwa tiada perubahan dan sakit kakinya bertambah teruk.
Baru-baru ini, pusat perubahan itu ada menghubunginya untuk menyambung rawatan,  Sholehin mengambil peluang untuk mempersoalkan harga tersebut.
Pusat perubatan Islam itu bagaimanapun mendakwa, ia mempunyai kelebihan tertentu yang dianugerahkan Allah SWT.

7 comments:

  1. MEMANG LAH HEBAT..HEBAT MENIPU ORANG RAMAI

    ReplyDelete
  2. Memang patut pun kena tutup. Dasar penipu dan menpergunakan islam untuk kepentingan kewangan. LANGSUNG TIDAK SIMPATI KEPADA PESAKIT YANG TENGAH KESAKITAN. Kalau boleh dakwa di mahkamah pada mereka terlibat kerana menipu.

    ReplyDelete
  3. Jgn jual agama utk duit...pedih balasannya

    ReplyDelete
  4. Memang ada Kelebihan, kelebihan mengambil kesempatan atas kesusahan org.

    ReplyDelete
  5. Walaupun sebutharga maknanya memang mahal la

    ReplyDelete
  6. Allah beri kelebihan sikit.Bukan nak cari pahala tetapi menindas orang.kebanyakan perubatan Islam menipu .guna perkataan Islam sebab mereka ustaz.

    ReplyDelete
  7. dulu pun pernah ada bedah batin johari mansur yg popular, video kat youtube bedah kepala org guna tukul dan pahat , ramai yg terkena puluh ribu caj dia, padahal bedah tipu je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com