innity

pages

Saturday, October 22, 2016

[CABARAN KEPADA BANJINGAN ITU] Ludah tangan saya dulu, Khairuddin cabar Jamal

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Datuk Jamal Yunos meludah tangannya terlebih dulu sebelum meludah tangan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas pemimpin Umno itu berkata tindakan ketua gerakan Baju Merah yang mahu meludah tangan bekas perdana menteri itu mengaibkan, memalukan dan menyebabkan bangsa Melayu nampak “haprak”.
“Saya tidak pernah kurang ajar dengan mengatakan mahu meludah muka atau tangan (Datuk Seri) Najib Razak. Ini budaya samseng dan haprak Jamal Yunos yang keseluruhan bangsa Melayu tidak boleh terima sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Khairuddin memuji tindakan Jamal itu kerana ia akan membuatkan rakyat negara ini lebih membenci Umno dan BN dan bakal terkubur selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Terdahulu, Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar dilaporkan meluahkan rasa kesalnya kerana bersalaman dengan Dr Mahathir dan mencium tangan bekas perdana menteri itu sebelum ini.
Jamal berkata tingkah laku Dr Mahathir tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah berusia dan akan meludah tangan beliau jika bertemu dengannya sekarang, menurut Malaysiakini.
Katanya, parti baharu Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga tidak akan mampu mengumpul sokongan Melayu untuk pembangkang dan mengadakan himpunan jalanan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November depan. - FMT

4 comments:

  1. Jamal lu sikalang lagi ada pigi vegas ka ?

    ReplyDelete
  2. Salute kpd Dato Khairudin. Memang skrg bertambah meluat kpd kumpulan2 ini.

    ReplyDelete
  3. Wahai pakatan harapan mari kita hapuskan jamal iblis ni
    Keris pahang

    ReplyDelete
  4. jamal nk ludah tun mahathir?silakan,go ahead.tapi jamal ni kena ingat,satu hari nanti orang bukan saja akan meludah tapi akan kencing sekali kat kubur dia kerana jamal akan diingat sebagai pengkhianat bangsa melayu dan angkuh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com