innity

pages

Monday, October 31, 2016

BH Online Lapor Harga Minyak Dunia TURUN, BH Online juga Lapor Harga Minyakdi Malaysia NAIK 15 Sen bagi November 2016


DI LUAR NEGARA

Berita Harian Online hari ini melaporkan bahawa harga minyak dunia meneruskan kejatuhannya hari ini selepas pengeluar bukan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak menyatakan sebarang komitmen untuk menyertai usaha mengehadkan paras output bagi meningkatkan harga bahan api itu. 

Pendirian itu membayangkan mereka mahu OPEC menyelesaikan perbezaan pendapatnya terlebih dulu.

Pegawai dan pakar daripada negara OPEC dan bukan OPEC termasuk Azerbaijan, Brazil, Kazakhstan, Mexico, Oman dan Russia bertemu untuk berunding di Vienna, Sabtu lalu dan hanya bersetuju untuk bertemu lagi bulan depan sebelum mesyuarat OPEC yang dijadual 30 November ini, kata mereka dalam satu kenyataan. 

OPEC dan bukan OPEC dalam kenyataan bersama berkata mesyuarat pada Sabtu itu adalah 'perkembangan positif' ke arah mencapai perjanjian mengehadkan output pada 30 November ini.

DI DALAM NEGARA

Sementara itu Berita Harian Online hari ini juga melaporkan bahawa harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel naik 15 sen seliter bagi November 2016, berkuat kuasa tengah malam ini. 

Menurut sumber industri yang dihubungi BH, harga baharu RON95 adalah RM1.95 seliter, RON97 pula RM2.30 dan diesel RM1.90 seliter. 

Ketika ini, harga runcit petrol RM95, RON97 dan diesel masing-masing RM1.80 seliter, RM2.15 seliter dan RM1.75 seliter.



4 comments:

  1. Moga menteri kewangan lena tidurnya. Minyak petrol naik, minyak masak juga naik. Minyak recycle je yg masih dpt subsidi...
    Yg peliknya kenapa harga minyak dunia konsisten tak naik harga? Nasib baik la minyak cap kapak tak naik harga. Boleh gak guna gosok dahi yg makin pening. Aduhai menteri kewangan, apalah yang yb fikir ye. Rakyat dok melengung ni...

    ReplyDelete
  2. Anak Bukit JelutongNovember 1, 2016 at 8:36 AM

    Naiklah berapa banyak pun, tak kisah.
    Aku naik gerek.

    TapI kesianlah kat kawan-kawan - tol dah naik sekarang minyak pula naik.

    Cuma aku teringat,zaman Dr.Mahathir, kenaikan sikit-sikit - tak terasalah sangat.

    HIDUP MELAYU.

    ReplyDelete
  3. Usaha penyatuan pembangkang nampak semakin positif..Usaha Ayahanda Tun semakin berjaya..BN tahu berita ini..mereka mula kalut ..perbincangan peringkat tertinggi pembangkang telah berlaku secara senyap dan teratur..BN dah terlambat untuk sedar bahawa drama mereka akan berakhir..Tu yg kalut dgn komen berjela tu..ha ha ha..Baling gelas tak pecah katakan..Sapa yg begitu ..Tun ke atau mereka..perancangan terbaik dari Ayahanda untuk Malaysia tercinta..

    ReplyDelete
  4. Ni bebudak ni...... pérgi tanya indon... thailand ngan singapore gaks.... India pun bleh.... tanya berapa harga minyak dia.....turun ker idak..... kalau turun cuba tanya ada cecah separuh ker idak.... beb nak kasi tau ni.... masa gomen subsidikan minyak ni.... harga minyak kat malaysia lebih kurang cegitu gaks.... tp tak lah bawah RM1.60..... pastu bila takder subsidi harga minyak naik sikit.... rakyat bising. Bila harga minyak 'mentah' jatuh di pasaran..... rakyat kata harga patut turun. Tp bila kerajaan dah buka pada harga pasaran terbuka.... harga minyak di pam turun org tak kata ... wat derk jer.... tp bila naik gomen mulalah dikata..... alasan harga minyak mentah masih rendah di pasaran..... aloooiooo..... itu harga minyak mentah..... hangpa tak kira ker kos memproses.... kos tukaran matawang.... kos pengeluaran.... kos pengangkutan....ini semuanya kekal, kalaupun tak meningkat. Belum ambil kira permintaan dan penawaran bagai. Tolonglah weiii.... bijak sikitlah sebab rakyat negara lain terus kena bayar minyak lebih tinggi dari kita..... pernah ambik tau tak kenapa?..... gi study.... setidak2nya sykurlah di sebalik musibah yang Allah turunkan buat masyarakat seluruh dunia.... sebut Innalillah.... tp sebaiknya bila minyak turun ker jgan lupa sebut Alhamdulullah.....InshaAllah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com