innity

pages

Monday, October 10, 2016

Bersihkah ais kita minum?: Jijik & meloyakan...


KETIKA anda sedang minum segelas air sejuk di restoran tahukah anda tahap kebersihan ais yang digunakan?

Sebenarnya mudah untuk kita mengetahui yang mana satu ais yang bersih, yang mana satu pula ais yang kotor.

Namun kebanyakan daripada kita mengambil mudah tentang kebersihan ais itu sendiri.

Biarpun tidak semua kilang memproses ais mengabaikan aspek kebersihan, tetapi sebagai pengguna, tahukah anda di mana datangnya atau ais itu milik syarikat mana?

Jika syarikat A menghasilkan ais yang berkualiti, tahukah anda restoran atau kedai itu menggunakan ais syarikat A?

Jawapannya hampir pasti anda tidak tahu. Apa yang anda tahu segelas ais sejuk sudah terhidang di atas meja selepas menu dipesan.

Isu halal ais itu sendiri memainkan peranan yang sungguh besar. Halal itu bukan sahaja pada ais itu sendiri tetapi merangkumi segenap aspek sama ada kebersihan kawasan kilang, bekalan sumber air, mesin dan prosedur pemakaian pekerja.

Anda harus ingat, ais yang kotor jika masuk ke dalam badan boleh mengundang pelbagai penyakit. Ais yang tidak bersih dan tidak mengikut prosedur akan mengakibatkan penyakit bawaan air seperti typoid, e-coli, kolera dan gastroenterisis serta Hepatitis A.

Terpanggil untuk memberi kesedaran kepada semua pengguna, Sorot melakukan siasatan terhadap berapa buah kilang ais bersama sumber yang sebelum itu menyalurkan maklumat betapa tahap ais yang diproses hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata, mengetepikan aspek kebersihan dan kesihatan.

Beberapa buah kilang disiasat dan hasilnya hanya satu perkataan yang mampu menggambarkan semuanya iaitu jijik.

Anda bayangkan, air yang sepatutnya dibuang digunakan semula untuk dijadikan ais kiub. Lebih teruk, saluran air buangan itu berlumut. Loya tekak menggambarkan apa yang dilihat dengan mata sendiri.

Ada juga binatang peliharaan seperti anjing, mudah keluar masuk ke lokasi memproses ais kiub. Bayangkan apa yang anjing itu buat di situ.

Tidak dapat juga dibayangkan bagaimana pekerja membersihkan diri selepas menggunakan tandas. Ini kerana tandas terdapat di dalam premis itu terlampau kotor dan berbau.

Itu hanya sebahagian yang mampu diperkatakan. Di sini, Sorot menyenaraikan apa yang kami peroleh sepanjang siasatan kami.

Apa yang menjadi harapan kami selepas ini, pihak berwajib perlu memandang serius dan melakukan siasatan segera bagi memastikan semua ini tidak berpanjangan.

Buat pengguna pula, kita seharusnya peka terhadap aspek pengambilan makanan atau minuman yang bersih. Jangan ambil mudah dengan situasi ini. Jangan biarkan makanan tercemar menjadi sebahagian daripada darah daging kita. - SH



2 comments:

  1. Masalah besooo skg umat islam tak nsk buat sendiri asyik melalak ceramah di surau2..masjid...TV dan corong radio.... sbb situ lubuk rezeki penceramah... tanda akhir zaman ... bila ugama islam jadi agama dagang.... siapa yg perdagangkan....lu fikir la sendiri..

    ReplyDelete
  2. Pihak berkuasa mesti tegas menyelamatkan anak anak melayu anda sendiri yg akan minum air dr ais batu ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com