innity

pages

Thursday, October 6, 2016

BERSATU umum pelantikan tiga pimpinan baharu


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan pelantikan tiga pegawai kanan parti itu, hari ini.
Presidennya, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin dalam satu kenyataan media berkata, pelantikan-pelantikan berkenaan dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 13.7 perlembagaan parti.
Muhyiddin mengumumkan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai Setiausaha Agungnya, Datuk Mohamed Salleh Bajuri sebagai Bendahari Agung dan Datuk Kamarudin Md Nor sebagai Ketua Penerangan parti baharu itu.
“Semua penjawat jawatan di atas memegang jawatan selama tempoh Majlis Pimpinan Tertinggi selaras dengan peruntukan Fasal 13.7 perlembagaan parti,” katanya.
Dr Shahruddin yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung merupakan mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Johor.
Manakala pemegang jawatan Bendahari Agung, Datuk Mohamed Salleh Bajuri merupakan lulusan Institute of Chartered Accountant, Ireland dan adalah seorang akauntan bertauliah.
Datuk Kamarudin Md Nor yang memegang jawatan Ketua Penerangan PBBM pula adalah ahli yang mewakili Asia Tenggara dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Antarabangsa (IICO) yang berpangkalan di Kuwait sejak 1990 hingga kini.
Susulan pelantikan itu, Muhyiddin turut memberi ucapan tahniah kepada mereka yang telah dilantik untuk mengisi jawatan-jawatan kanan dalam PPBM.
“Saya berdoa semoga para penjawat parti yang baru dilantik ini akan dapat menyumbang tenaga dan fikiran dalam memastikan kelicinan perjalanan pengurusan dan pentadbiran parti,” katanya. - ismaweb

1 comment:

  1. aku akui azizan hebat dalam marketing tapi sangat lemah dalam damage control, jawapan balas ini sangat teruk dan memalukan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com