innity

pages

Sunday, October 16, 2016

[BERNILAIKAN ANUGERAH ITU?] Kaji Semula DASAR ANUGERAH DARJAH KEBESARAN

 Gambar Hiasan

Setiap tahun, begitu banyak rakyat Malaysia menerima bintang kehormatan yang dianugerahkan oleh Yang Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Ketua-Ketua Negeri sempena menyambut hari keputraan masing- masing.


1.  Ada yang menerima bintang gelaran tambahan yang membawa gelaran sama atau pun gelaran yang lebih tinggi. Ada juga penerima yang mendapat anugerah dari setiap kerajaan negeri di Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Bagi sesetengah orang menjadi hobi dan kebanggaan mengutip bintang.

2.  Beberapa penerima bintang kebesaran  tidak dinilai oleh masyarakat umum sebagai wajar diberi penghormatan kerana tidak jelas sumbangan mereka pada negara atau negeri-negeri berkenaan.

3.  Sekarang telah bercambah anugerah gelaran kerana sudah menjadi lumrah diberikan setiap tahun dengan sokongan pihak tertentu dan nilai anugerah menjadi  luntur. Kalau kita pergi ke sesuatu majlis apabila kita panggil Datuk, berpuluh orang dalam majlis tersebut akan menoleh.

4.  Dengan demikian sudah timbul persepsi dan tuduhan bahawa sesetengah penerima bintang dan gelaran tersebut bukan atas jasa mereka tetapi sebaliknya mereka membelinya dengan berbagai cara tanpa pengetahuan pihak Istana.

5.  Ada rakyat Malaysia yang kemaruk sangat nak pangkat Datuk sanggup  membelinya dari Mindanau, Selatan Filipina. Ada yang memakai gelaran Datuk yang palsu. Dia tahu bahawa tak ada siapa pun akan periksa kalau dia guna pangkat Datuk.

6.  Gelaran Tun, Tan Sri, Dato' Seri, Dato' hanyalah untuk digunapakai dalam masyarakat Malaysia. Tetapi ada juga rakyat Malaysia yang mempunyai gelaran gelaran ini membawanya ke luar negara. Ada yang menggunakan gelaran dalam dokumen perjalanan termasuk tiket kapal terbang dan sebagainya yang menimbulkan kekeliruan. Pernah terjadi, pengumuman di buat di lobby hotel di London mencari Mr. Tan (Sri). Orang luar tak kisah pun dengan pangkat kita.

7. Lebih menyedihkan ada penentang Institusi Raja, juga diberikan anugerah. Kalau tak hormat Raja-Raja Melayu buat apa pakai gelaran yang dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu. Tak ada malu langsung dan amat biadab.

8. Gelaran Datuk juga diberi pada pemuda dan pemudi yang berumur dibawah 35 tahun. Saya rasa ada cara lain yang kita boleh iktiraf sumbangan mereka.  Biarlah mereka menjalani hidup dulu dan bolehlah kurniaan diberikan bila usia mereka sudah menjangkau umar yang sewajarnya. Lebih manis dipandang orang.

Oleh demikian saya syorkan supaya kerajaan kita menyemak semula polisi serta proses pemberian gelaran dan bintang-bintang kebesaran ini dan elok dibawa berbincang dengan Majlis Raja-Raja.

1.Jumlah bintang kebesaran harus dikurangkan atau dihadkan  sama ada di peringkat kerajaan
negeri atau pun kerajaan persekutuan.  Ada Raja-Raja Melayu yang "Strict" tetapi ada pula yang terlalu pemurah. Eloklah kalau dapat berpakat untuk menjaga dan menghormati nilai anugerah Diraja, Gabenor atau Yang Dipertuan Negeri.

2. Pilihlah atas kriteria yang berhemah supaya anugerah-anugerah tersebut tidak menjadi bahan ketawa masyarakat.

3.  Suatu Daftar anugerah yang menggabungkan daftar-daftar di peringkat negeri dan persekutuan patut diadakan untuk rujukan umum supaya masyarakat dapat tahu sama ada seseorang yang memakai gelaran itu benar-benar mendapat anugerah atau hanya gelaran palsu.

4.  Penerima anugerah diwajibkan mempamerkan satu daripada bintang kebesaran yang diterimanya pada kad nama – sama ada JPN, DPMK, DPMP, atau sebagainya. Kalau tidak semua orang boleh pakai Datuk saja.

5.  Anugerah bintang yang membawa gelaran Datuk eloklah dihadkan mengikut umur dan biarlah penerimanya lebih matang supaya nampak sesuai.

6. Penerima bintang dan gelaran darajah kebesaran mestilah berkelakuan baik dan dihormati oleh masyarakat umum. Kalau mereka berkelakuan buruk dan dibenci masyarakat, gelaran yang dipakai tidak mencerminkan watakdan kelakuan orang kenamaan.

Bagi orang yang diberikan gelaran darjah kebesaran tetapi tidak menghormati perlembagaan dan Instutusi  Raja patut ditarik balik kurniaan kepada mereka  seperti
yang telah dilakukan oleh Baginda Sultan Selangor, Sultan Johor dan Sultan Kelantan.

Sebagai contoh anugerah bintang oleh Kerajaan Britain adalah dihormati tidak sahaja oleh oleh masyarakat setempat malah di  luar Britain kerana hanya yang benar-benar layak diberi pengiktirafan.


Diharap penerima ini telah lulus kriteria yang ditetapkan
Pemain Import Melaka United, Ilija Spasojevic mencipta sejarah tersendiri dengan rekod pemain import pertama menerima anugerah Bintang Cemerlang Melaka


DATUK Shah Rukh Khan yang dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk sebelum ini turut menjadi perbualan hangat netizen

13 comments:

  1. Org politik lelong lelong bintang,,, dan bertukar tukar bintang di antara negeri negeri,, dia syor dia dan dia syor dia ,, tak cukup dgn itu bini anak menantu juga di beri bintang dan gelaran,, yg paling malang pegawai kerajaan dan ketua jabatan kerajaan juga di beri bintang,, mereka semua di bayar gaji besar,berjalan melancung sana sini, hak istimewa dan kemudahan tersedia,, driver kereta kerajaan di lenjan tak amanah,rasuah ampu bodek ,, bodoh dalam mengtakbir hingga rugi kemudia akhir di beri gelaran datuk atau tansri,,, datuk bawah poko tu lebih baik dari merka kerana datuk bawah pokok tak makan rasuah tak hisap darah tak guna hak kerajaan ,, entah lah itu tak termasuk datuk datu gangster along
    Malaysia ku sanyang hancur,,,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong kenyataan anda..ada ke patot penyangak,gangster,samseng dan yg takde kena mengena dgn jasa masyarakat pon boleh dpt anugerah..nampak sgt negara malaysia ni dah berubah haluan menuju kpd nagara pariah..pegawai kerajaan tak usah ckp lah..kerja mengipas,membodek,menambah bini dan perempuan simpanan adalah kepakaran mereka..untung atas angin,diusung,diayak orang..berak pon nak suroh orang cebok..dasar manusia tak tahu malu..tiadak maruah..

      Delete
  2. Ha..ha..kat Melaka ni ketua menteri terima anugerah tertinggi. Sendiri yg keluarkan senarai penerima.. Baik pakai je pingat tu terus drp rumah.

    ReplyDelete
  3. Aku cadangkan bintang-bintang ini dilelongkan seperti lelongan plet kereta, yaitu di anugerahkan kepada the highest bidder. Takpa la Kalau orang kaya dapat banyak bintang. Boleh kita gelar mereka Dato 10 bintang.atau Tan Sri 12 bintang dsbnya. Cara ini boleh membantu negara bayar hutang yang bertampuk itu tak kisahlah Kalau yang bergelar itu mudaka, gangster ke asal kantong perbendaharaan berisi.

    ReplyDelete
  4. Betul sangat komen di atas. Secara perlahan dan diam-diam rakyat sudah tak kisah orang berpangkat datuk/dato' kerana sudah tiada nilai. Salah dan silap siapa? Pikir lah sendiri. Kalau pergi ke sesuatu function, jerit jer "datuk"...pasti ramai yang menyahut..."ya saya" Lebih baik pangkat cikgu, ustaz, tuan guru, haji, hajah, tuan imam...ramai masih respect

    ReplyDelete
  5. Ikon Belia? Ingat lagi?

    ReplyDelete
  6. JUAL JUAL JUAL JUAL JUAL
    BELI BELI BELI

    ReplyDelete
  7. PAHANG DAN MELAKA JE BIOL, NEGERI LAIN TERBAIK

    ReplyDelete
  8. Melaka dan Penang patut dapat kelulusan Agong dulu senarai penerima sebab dia tiada kuasa nak bagi anugerah, bukan darah keturunan Raja pon

    ReplyDelete
  9. Tanya SUK melaka dan YB kewangan negeri Melaka,, berapa banyak Melaka dapat duit lelong bintang atau darjat,,, habuk pun takde,, berapa banya hutang negeri,, sisterm kerajaan negeri melaka dah biol
    Cuba tanya CM , Gabenor musafir dari pahang ada berapa masuk dari hasil lelongan Darjah,, Heheheh
    Gila punya kerja,,,, oopppp belum tanya broke atau saleman jual bintang Darjah berapa banyak komisen,,,,
    Ada negeri sultan buat birthday selalu dalam setahun kandang di negeri asal dan kadang di kuala lumpur.,,,
    Cuba teka ,, dapat jawap dapat hadiah utama "datuk seri Utama L.E.M.B.U,,,

    ReplyDelete
  10. Paling lawak anugerah 'Tan Sri'..dah elok2 nama Islam tiba2 diletakkan nama cina&India di pangkal nama melayu Islam. Bahlol mana lah yg cipta nama anugerah tan Sri Ni..

    ReplyDelete
  11. Lebih teruk ada penyangak Dan penyamun Dan penjenayah molar Putin turut di anugerah pingat,Kadang kadang kita rasa institusi raja diperlakukan mcm robot ,termasuk dalam isu DEKLARASI RAKYAT

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com