innity

pages

Sunday, October 16, 2016

[#BAJET2017] Potong gaji menteri, saran ahli ekonomi


Gaji menteri patut dikurangkan sejajar dengan suasana dan iklim ekonomi semasa, kata bekas pengarah penyelidikan Institut Penyelidikan Khazanah, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Ujar beliau, ekonomi Malaysia belum terjebak dalam krisis namun tidak berada dalam keadaan yang baik dan kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah penjimatan dengan pengurangan perbelanjaan.
"Satu-satunya perkara yang kita belum lihat sejak krisis ekonomi yang terakhir adalah pemotongan gaji menteri-menteri yang sepatutnya dilakukan, rasa saya.
"Ia adalah simbolik, bukan? Anda merasa sakit, kita berkongsi kesakitan," jelas beliau kepada hadirin semasa forum yang dianjurkan oleh kumpulan pemikir DAP, Refsa di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata demikian selaku panel apabila ditanya sama ada ekonomi Malaysia berada dalam krisis dan sama ada langkah-langkah penjimatan perlu diambil.
Sebelum itu, seorang ahli panel lain yang juga bekas penolong gabenor Bank Negara, Datuk Latifah Merican Cheong memberitahu forum itu gaji penjawat awam termasuk para menteri telah dikurangkan sebanyak dua kali semasa krisis ekonomi 1998. Ia bertujuan mengurangkan perbelanjaan operasi keseluruhan kerajaan.
Beliau berkata, bank pusat pada masa itu juga telah mengenal pasti beberapa projek besar dengan kandungan import yang tinggi menjadi punca defisit perdagangan Malaysia sehingga menyebabkan kerajaan menangguhkan projek yang mempunyai kandungan lebih daripada 40 import dalam komponennya. - MK

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com