innity

pages

Sunday, October 23, 2016

ANJING PRETZEL yang terhegeh mahu sijil HALAL, JAKIM pula jadi mangsa BULI ANJING LIBERAL


#43 Pembulian kepada JAKIM. 

Semalam ialah hari yang sangat menyedihkan. Berbondong-bondong manusia tak mengira bangsa, warna kulit, fahaman politik, dan juga agama, bersatu hati menghentam dan mengkritik sebuah badan agama bernama JAKIM. 

Puncanya cuma satu iaitu pretzel dog. Kerana seketul pretzel dog, sebuah badan autoriti agama dihina, diperli dan dijatuhkan maruahnya. 

Mungkin bila sudah datang Dajjal sebenar (sebelum kiamat), kesemua badan autoriti agama akan diroboh dan dihancurkan pula. 

Saya bersimpati dengan kekeliruan umat Islam hari ini. 

Pertama, kita terlalu mudah dipermainkan oleh media alternatif munafik. Media alternatif dan para munafikun sedang bekerja. Dan kerja mereka cermat dan halus. 

Apa tidaknya, isu halal yang besar ini pun berjaya disempitkan oleh mereka. Mereka tak mahu pandang apatah lagi fokus tentang faktor kebersihan, audit asingan terhadapat pusat kawalan dan distribusi, outlet, bahan mentah, faktor teknikal dan lain-lain lagi. 

Sebaliknya mereka hanya fokus kepada 'dog' itu. Mereka tahu umat islam sensitif dengan anjing. Jadi isu pretzel dog ialah target mudah buat mereka. 





Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (2014), permohonan yang tidak layak termasuklah: “…produk yang menggunakan nama atau nama yang sinonim dengan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, hotdog, charsiew dan seumpama dengannya,”.
Kuih Tahi Itik, Kuih Bugis Mandi atau Cucur Kodok adalah istilah colloquial, bahasa lazim yang diketahui umum merujuk kepada makanan khusus masyarakat setempat. Tidak ada ambiguiti atau kekaburan atau kepelbagaian maksud. Istilah-istilah ini bukan jenamabukan PRODUK yang boleh dikelirukan dengan produk lain yang tidak halal.
Berbeza dengan istilah ‘hotdog’ atau ‘beer’. Sepertimana disebut dalam syarat pensijilan, istilah-istilah seperti ini SINONIM dengan PRODUK lain yang tidak halal. ‘Beer’ boleh merujuk sama ada beer haram atau beer yang tidak beralkohol. Ada hotdog yang haram, yang ada babi, diguna sebagai nama khas berjenis-jenis produk sosej, yang secara tradisinya sinonim dengan unsur tidak halal.
Aspek sensitiviti sosiolinguistik masyarakat majoriti di negara ini juga perlu diambilkira. Adalah janggal sekiranya diiktiraf halal makanan dengan signifier (kata rujukan) taboo ‘dog’. Atau signifier ‘beer’ yang secara umumnya difahami sebagai minuman haram.
Kedua, siapa mengharamkan siapa? 

JAKIM tak pernah kata pretzel dog tu haram. Tapi umat Islam telah awal-awal "mengharam jadah-kan" JAKIM. Tiada sijil halal tidak bermakna tidak halal. Cuma bila ada sijil halal maka itu ialah nilai tambah dan pengiktirafan daripada pihak berautoriti. 

Ketiga, pada akhinya kita mencari logo HALAL JAKIM juga. Hari ini banyak makanan yang tidak halal tetapi diletakkan logo halal yang palsu. Ini kerana para pengeluar makanan ini tahu yang konsumer terbesar ialah muslim. Jika muslim boikot sesuatu produk, maka kesannya sangatlah signifikan. 

Oleh kerana mahu mendapatkan jualan dan kepercayaan, mereka sanggup menipu dengan cara-cara yang keji seperti menampal logo palsu. Sebaliknya bila kita nampak logo halal yang JAKIM keluarkan, maka hati kita pun senang sebab kita dah tahu benda tu dah diiktiraf dan telah melalui sistem kawalan dan audit yang ketat. 

Pada penghujungnya, kita sendiri yang dimudahkan. 

Sekarang, mari renungkan mengapa kita tidak boleh berlebihan menghentam JAKIM dan mana-mana badan agama. 

Pertama, badan autoriti tidak membuat keputusan atas kapasiti sendiri. Mereka ada panel yang punyai latar belakang dan kepakaran yang pelbagai. 

Kedua, supaya ada sebuah keputusan. Salah faham dan kekeliruan ialah suatu yang sering berlaku. Kerana itulah bila ada kekeliruan, perlu ada pihak berotoriti untuk membuat pengesahan.  

Ketiga, supaya tak membuka lebih besar ruang untuk Islam diperlekeh. Orang asyik menyalahkan autoriti agama sebagai memberi imej yang buruk kepada Islam. Padahal yang sebenarnya, 'orang yang menyalahkan' itu sebenarnya ialah imej Islam yang lebih buruk. 

Nazri Aziz pula yang dijadikan rujukan agama? 

Autoriti agama berperanan menjaga hal ehwal umat Islam di Malaysia. Supaya jika ada isu yang timbul, akan ada penyelesaiannya. Jika semua orang mahu membuat solusi sendiri, maka masalah baharu akan timbul. 

Dan akhirnya, semua orang akan cenderung untuk berfatwa sendiri dan menolak keputusan pihak berautoriti dan berilmu dengan jawapan, "Mengapa saya perlu ikut Islam awak, sedangkan saya ada Islam saya". 

Keempat, retak-retak kecil ini akan merobohkan status Islam di Malaysia. 

Puak liberal agama pasti akan tersenyum dalam tidur mereka apabila institusi agama di Malaysia ini tiada. 

Sekarang ni mereka jangankan boleh tidur malam, nak mengantuk pun tak boleh. Bila sudah tiada institusi agama yang ada kuasa untuk membuat penguatkuasaan, maka lebih mudahlah bagi mereka untuk menjalankan agenda liberal mereka. 

Dan langkah pertama mereka dalam menjayakan agenda ulung ini adalah dengan menghasut umat Islam supaya benci dan hilang kepercayaan kepada institusi agama ini. 

Kelima, kerana badan autoriti agama di Malaysia bukanlah mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang disangka. JAKIM sendiripun bidang kuasa mereka terhad. Bukannya boleh campur tangan dalam isu pentadbiran pun. Perlu kita ingat, kita ialah negara umat Islam bukannya negara Islam. Kita mengamalkan demokrasi bukannya syura. Kita menggunakan undang-undang yang diilhamkan oleh Lord Reid, bukannya undang-undang syariah yang diilhamkan daripada Quran dan Sunnah. 

Badan autoriti agama kita dah terlalu lama menjadi sasaran orang Islam yang jahil. 

Kita yang celik ini takkan mahu terjun bersama-sama mereka juga. 

Kesimpulannya, Jabatan dan autoriti agama semamangnya sentiasa perlu kepada penambah baikkan. Tetapi sebagai umat Islam di Malaysia, saya tidak sanggup menaiki perahu musuh Islam yang sedang membedil dan menyerang agensi  Islam yang sedang mempertahankan Islam. 

Saya tak sanggup untuk berdiam diri menghancurkan agama sendiri, di tanah air sendiri. 

 Setidak-tidaknya saya percaya kepada kuasa 'menerangkan'. Enlightening, explaining, dan preaching. 

Saya mahu dan akan buat itu. Jika anda mahu bersama-sama saya, mari kita mulakannya dengan diri sendiri. 

Tapi jika anda percaya bahawa perbuatan mengkritik, memperlekeh, menghina, memperbudak, dan 'troll' badan agama dan autoriti agama ialah perbuatan yang mendatangkan manfaat dan kebaikan, fikirkan lah semula. 

Perlu diingatkan bahawa Allah Maha Berkuasa. 

Sumber asal : http://iqbalsyarie.blogspot.my/

20 comments:

  1. Istilah hot dog tu xda kena mengena dengan anjing lah. Samalah dgan kuih muih makanan masyarakat setempat. Lain kali tolong jangan jawab bagi pihak jakim. Memalukan muslim je.
    Apa yg tersirat dr jawapan diatas hanyalah nak memburuk2kan komen yg dibuat oleh mufti perlis tempoh hari. Langsung x ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HOI LIBERAL, KO NI MABUK KE MASA BACA, KE KO TAK BACA LANGSUNG

      Menurut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (2014), permohonan yang tidak layak termasuklah: “…produk yang menggunakan nama atau nama yang sinonim dengan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, hotdog, charsiew dan seumpama dengannya,”.
      Kuih Tahi Itik, Kuih Bugis Mandi atau Cucur Kodok adalah istilah colloquial, bahasa lazim yang diketahui umum merujuk kepada makanan khusus masyarakat setempat. Tidak ada ambiguiti atau kekaburan atau kepelbagaian maksud. Istilah-istilah ini bukan jenama, bukan PRODUK yang boleh dikelirukan dengan produk lain yang tidak halal.
      Berbeza dengan istilah ‘hotdog’ atau ‘beer’. Sepertimana disebut dalam syarat pensijilan, istilah-istilah seperti ini SINONIM dengan PRODUK lain yang tidak halal. ‘Beer’ boleh merujuk sama ada beer haram atau beer yang tidak beralkohol. Ada hotdog yang haram, yang ada babi, diguna sebagai nama khas berjenis-jenis produk sosej, yang secara tradisinya sinonim dengan unsur tidak halal.
      Aspek sensitiviti sosiolinguistik masyarakat majoriti di negara ini juga perlu diambilkira. Adalah janggal sekiranya diiktiraf halal makanan dengan signifier (kata rujukan) taboo ‘dog’. Atau signifier ‘beer’ yang secara umumnya difahami sebagai minuman haram.

      Delete
    2. Kebebalan apakah ini??? Hujah berjela tapi tak kena tempat!


      Ini bukan soal fahaman liberal atau munafiq - Ini soal salah-faham istilah!


      Kalau macam itulah gayanya, cuba beri hujah untuk yg ini pula...


      Restoran Fast-Food 'A & W' telah berada di Malaysia sejak 1960-an

      A & W menyajikan menu HALAL 100%

      A & W amat terkenal dengan 'CONEY DOG' & 'ROOT BEER' nya

      Tiada langsung KEWUJUDAN unsur 'daging anjing' dalam CONEY DOG - Ini SAHIH!

      Tiada langsung ELEMEN 'alkohol' dalam ROOT BEER walau 0.01% pun - Ini juga SAHIH!

      Restoran A & W sudah lama memiliki STATUS HALAL dari kerajaan Malaysia

      ----------

      Restoran Fast-Food '1901 Hot Dogs' diasaskan pada 1997 oleh 2 Orang Melayu Malaysia - Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin & Ahmad Zakir Ja’afar

      1901 Hot Dogs menyediakan pelbagai versi juadah HOT DOG

      1901 Hot Dogs menyajikan menu HALAL 100% - Ini AMAT SAHIH!

      TIADA LANGSUNG unsur 'daging anjing' dalam menu 1901 Hot Dogs - Ini juga SAHIH!

      Restoran 1901 Hot Dogs telah diiktiraf HALAL sejak mula beroperasi 1997

      ----------

      Sila beri hujah anda!

      Delete
    3. hujah akal ko ni boleh masuk bakul sampah lah
      Islam mesti makin baik , iman makin meningkat , itu lah org Islam yg mencari syurga
      aku nak tanya dulu tok nenek ko pakai tudung tak
      dulu arah boleh minum tak di malaysia, iklan arak dibenarkan tak
      dulu mmg lah
      yg kita nak yg Islam nak mcm mana, aduiiiii, ini lah jadinya bila tada ilmu

      Delete
    4. JAKIM sedang dlm usaha memperkasakan halal certificataion..maybe coney dog A&W and hot dog 1901 adalah satu contoh yg JAKIM telah terlepas pandang atau loop holes di dalam proses pensijilan halal..namun skrg mereka dlm usaha utk menaiktaraf/memperbaiki proses pensijilan halal dan mana2 pihak yg berhajat utk memohon atau memperharui sijil halal mereka kena mematuhi dgn prosedur yg telah diwartakan pada tahun 2014..

      itu sahaja..basically JAKIM mula utk menekankan toyyiban didalam pensijilan HALAL..

      Delete
    5. "...yg kita nak yg Islam nak mcm mana..."

      Islam yg jenis bebal? Islam yg jenis tak mau berfikir? Itu ke jenis Islam yg kita cari??


      Allah SWT beri kita akal untuk berfikir DENGAN RASIONAL, maka gunakan lah akal sebaik2nya untuk berfikir DENGAN WARAS, bukan guna emosi..

      Bila umat Islam bertindak kurang cerdik, ini sebenarnya hanya menjauhkan lagi umat bukan Islam dari agama Allah SWT ni..

      Bagaimana umat bukan Islam mahu hormat umat Islam jika hal yg sebegitu mudah pun boleh "dikhuatiri akan mengelirukan" umat Islam?

      Makan Hot Dog & minum Root Beer yang TERBUKTI 100% HALAL tidak akan menjadikan diri kita MURTAD atau KAFIR..

      Makan riba, makan harta anak yatim, makan rasuah, makan harta rakyat awam - INI SEBENARNYA yg perlu kita risau & resah kan..


      Jika nak berhujah, biar berfakta! Berhujahlah dengan cerdik..

      "..aku nak tanya dulu tok nenek ko pakai tudung tak
      dulu arah boleh minum tak di malaysia, iklan arak dibenarkan tak
      dulu mmg lah.."

      Ayat diatas ni LANGSUNG tak boleh pakai!

      Sesuatu yg jelas haram, kenapa kita nak pertikai lagi??

      ARAK itu JELAS HARAM! Perintah Allah SWT!

      Sekiranya satu hari nanti ada 'golongan bijak-pandai-sesat' yg mendakwa "Arak itu halal", maka ketika itu perlu ke institusi2 Islam mengeluarkan fatwa bahwa "Arak itu haram"??

      Tak perlu kan?! Kerana sudah amat jelas Allah SWT mengharamkan arak! Seperti mana Allah SWT DENGAN JELAS mengharamkan riba, mengharamkan judi, mengharamkan zina, mengharamkan makan khinzir, mengharamkan menilik nasib & mengharamkan sembah berhala..

      'melarang & mengharamkan' itu adalah HAK MUTLAK Allah SWT -BUKAN- institusi2 ciptaan manusia..

      Jika ada umat Islam yg tidak menutup aurat kerana jahil ilmu, maka itu menjadi tugas institusi2 Islam untuk bantu perbetulkan, bukan menambah kekeliruan..

      Tapi macamana nak harapkan institusi2 Islam ini berkaitan aurat jika pemimpin2 Islam sendiri tidak di didik berkenaan menjaga aurat?

      Jika diri kita yg jahil, ubatnya adalah 'Ilmu'. Maka cari lah ilmu agar tidak mudah tertipu dgn 'golongan bijak-pandai-sesat @ Khawarij' ni..

      Delete
    6. baca ni sampai faham...

      Kuih Tahi Itik, Kuih Bugis Mandi atau Cucur Kodok adalah istilah colloquial, bahasa lazim yang diketahui umum merujuk kepada makanan khusus masyarakat setempat. Tidak ada ambiguiti atau kekaburan atau kepelbagaian maksud.

      Istilah-istilah ini bukan jenama, bukan PRODUK yang boleh dikelirukan dengan produk lain yang tidak halal.
      Berbeza dengan istilah ‘hotdog’ atau ‘beer’. Sepertimana disebut dalam syarat pensijilan, istilah-istilah seperti ini SINONIM dengan PRODUK lain yang tidak halal. ‘Beer’ boleh merujuk sama ada beer haram atau beer yang tidak beralkohol. Ada hotdog yang haram, yang ada babi, diguna sebagai nama khas berjenis-jenis produk sosej, yang secara tradisinya sinonim dengan unsur tidak halal.

      Aspek sensitiviti sosiolinguistik masyarakat majoriti di negara ini juga perlu diambilkira. Adalah janggal sekiranya diiktiraf halal makanan dengan signifier (kata rujukan) taboo ‘dog’. Atau signifier ‘beer’ yang secara umumnya difahami sebagai minuman haram.

      Delete
    7. anom 10.23am ni berhujah guna akal je

      Delete
    8. copy paste yg ini

      "Bila umat Islam bertindak kurang cerdik, ini sebenarnya hanya menjauhkan lagi umat bukan Islam dari agama Allah SWT ni..

      Bagaimana umat bukan Islam mahu hormat umat Islam jika hal yg sebegitu mudah pun boleh "dikhuatiri akan mengelirukan" umat Islam?"

      Pendapat ini aku setuju!

      Delete
    9. Betul jugak tuu! Kalau ada 'hukum' tapi tak guna 'akal', tiada makna jugak kan??

      Kalau tak, mana mungkin ada kecurian mega yg berlaku dlm negara dan bukti2 telah jelas diserata dunia tapi ahli2 agamawan masih membisu seribu bahasa

      Yg mereka sibuk berkenaan nama sesuatu bentuk juadah/sajian/hidangan

      Allah SWT memang perintahkan kita supaya berfikir, yg itu memang confirm lah

      Delete
    10. Ini apa punya bangang ni!

      Mana ada istilah 'beer yang tidak beralkohol' !

      SEMUA BEER ADA ALKOHOL!

      Inilah jadinya bila ingat dah terlampau bijak sangat!

      Pendapat2 lain taknak diambil sebagai rujukan

      'root beer' dan 'beer' adalah dua jenis minuman BERBEZA!

      'root beer' yg dijual dipasaran lazimnya TIADA alkohol

      Manakala 'beer' yg dijual dipasaran lazimnya ADA alkohol

      !!! 'root beer' TAK SAMA DENGAN 'beer' !!!

      Mengapa samakan kedua-duanya? Cuba nak kelirukan orang ke??

      Delete
  2. Kalu Jakim tak sibuk hal ni mereka takda kerja.Rasa bersalah pula mkn gaji buta !

    ReplyDelete
  3. Orang yg perlekeh kan badan Islam..kadang kala org bukan Islam yg menyamar untuk mengelirukan kita umat Islam..Jangan kita tertipu dengan permainan mereka..Kalau nak sijil Halal ikutlah syarat JAKIM..Tak nak tak jadi hal bagi JAKIM..Yang penting saya setuju syarat JAKIM..Dah tentu tak dikelirukan anak kecil saya yg selalu bertanya benda pelik ni..budak kecil hanya nampak zahirnya..kalau hotdog baginya adalah daging anjing..syabas untuk JAKIM..lantak apa yg org lain kata..Selama ini pun bukan mereka peduli pun tentang ISLAM..ikut sedap mulut mereka je..Biar hati mereka merana..Tak ikut cakap mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tugas kita sebagai umat Islam tak lain tak bukan untuk menegakkan syiar Islam... TAPI Bagaimana nak tegak kan syiar Islam di muka bumi ini sebenarnya?

      Guna mata pedang?? Guna bom-buatan?? Guna hujung senapang?? Guna tipu-helah??

      BUKAN ITU!!!

      Cara nak tegak kan syiar Islam mestilah mengunakan pendekatan PEMAHAMAN

      Kita umat Islam beri pemahaman pada orang bukan Islam berkenaan agama Islam

      Supaya apabila mereka faham berkenaan agama Islam, mereka belajar "mencintai" agama Islam

      TAPI bagaimana kita umat Islam nak beri pemahaman pada mereka yg bukan Islam walhal kita umat Islam sendiri masih GAGAL UNTUK FAHAM agama kita sendiri?

      Fikir2 kan lah

      Delete
    2. Masyarakat Islam Malaysia ni malas berfikir, mengaku je lah

      Sebab itu walaupun di zaman teknologi maklumat ni, masih ada lagi mak-bapak yg kekal bodoh taktau nak terangkan pada anak2 apa itu 'hot dog'

      Walhal maklumat yg lebih jelas mereka boleh dapat hanya dgn satu klik saja

      Teknologi maklumat hanya dipraktikkan utk youtube, twitter, facebook & whatsapp sahaja

      Sendiri rugilah!

      Delete
    3. agaknya sebab itu kot kenapa kita banyak pemimpin yg tak cerdik

      sebab kita kurang pendedahan kepada ilmu...kita malas membaca...kalau pilih buku suka yg banyak gambar je

      sebab itu banyak orang melayu yg selalu kena tipu...termasuk la selalu kena tipu dgn pemimpin mereka sendiri

      apa la nasib kita melayu ni

      Delete
  4. Jgn hiraukan kaum liberal ni..jakim teruskan ajenda dan tugas. Biarkan dia org nak bertempik ker..nak tunjuk perasaan ker..dia org buleh buat apa??. Jgn takut dgn anjing-anjing liberal ni..menyalak jer kuat...bila serak suara nanti mereka ni akan tau mana nak cari ubat

    ReplyDelete
  5. Salam...

    JAKIM sedang dlm usaha memperkasakan halal certificataion..maybe coney dog A&W and hot dog 1901 adalah satu contoh yg JAKIM telah terlepas pandang atau loop holes di dalam proses pensijilan halal terdahulu..namun skrg mereka dlm usaha utk menaiktaraf/memperbaiki proses pensijilan halal dan mana2 pihak yg berhajat utk memohon atau memperharui sijil halal mereka perlu mematuhi dgn prosedur yg telah diwartakan pada tahun 2014..

    ..basically JAKIM mula utk menekankan toyyiban didalam pensijilan HALAL..

    kena faham maksud toyyiban tu..mmg kalau mkn kuih tahi itik or minum rootbeer tidak akan menyebabkan murtad tp ianya tak menepati maksud halalan toyyiban itu sendiri..

    cuba bayangkan kalau ada restoran yg menggunakan tema "tandas" dalam menghidangkan makanan mereka (seperti di jepun/hongkong/taiwan/indonesia) memohon sijil halal..?makanan yg mereka sediakan adalah halal dari segi bahan dan juga penyediaan..adakah JAKIM perlu mengesahkan dan mengeluarkan sijil halal utk mereka?

    contoh:
    http://english.astroawani.com/lifestyle/indonesias-jamban-cafe-serves-stomach-churning-food-111540?_ga=1.65442665.617686352.1477294024


    http://mashable.com/2016/07/26/indonesia-toilet-themed-restaurant/#7LtmDQdX1iqf

    Cuba fikirkan..Adakah dgn syarat bahan digunakan adalah halal sudah cukup utk seseorang/syarikat penyedia makanan mendapat sijil halal?

    Apa yang lebih menarik tentang konsep makanan dan rezeki halal yang disebut di dalam al-Quran ialah kata sifat “toyyib” yang mengekorinya. Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atau tuuba sebagai jamak) dari segi makna ialah sesuatu yang baik atau elok atau yang berlawanan dengan yang buruk. Jadi apabila disebut “halalan toyyiban” ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok.

    Terdapat empat (4) tempat di dalam al-Quran di mana Allah mengguna perkataan toyyib ini sebagai kata sifat bagi menggambarkan kehalalan makanan atau rezeki. Ia adalah di dalam surah al-Baqarah, ayat ke-168; surah al-Maaidah, ayat ke-88; surah al-Nahl, ayat ke-114 dan surah al-Anfaal, ayat ke-69.

    Persoalan halal haram dalam soal makan-minum banyak diberi penekanan oleh al-Quran. Walaupun begitu ini tidak bermakna konsep halal dan haram ini tidak disentuh dari sudut lain. Ia sebenarnya turut merangkumi bab-bab muamalat, munakahat, akhlak serta aqidah.

    Bagi permashalahan rasuah, riba, pemimpin tidak bertudung tidak perlu dicampurkan dgn tugas pensijilan halal JAKIM..walaupun semua wajib menegah kemungkaran tp tanggungjawab itu perlu ditangani dgn lebih "mendalam dan serius" oleh pihak yg berkaitan/dipertanggungjawabkan: Jabatan agama Islam negeri, pegawai ugama di KDN dan sebagainya..

    Cuba elakkan melabel mana2 org islam eg: khawarij, kafir etc..lebih cantik jika kita boleh berhujah secara beradab..

    Dari Ibnu Mas’ud ra. ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Bukanlah orang Mukmin itu orang yang suka mencela, mengutuk, berbuat keji dan berkata kotor.” (HR Turmudzi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://mashable.com/2016/07/26/indonesia-toilet-themed-restaurant/#7LtmDQdX1iqf

      waduh waduh! itu hanya bisa berlaku di indonesia pak!

      di sini enggak ada begitu dong! di sini keren banget!

      di sini uang haram di bilang nya uang derma!

      Delete
    2. mmg la kat indon yg ada restoran tu.

      tp apa yg cuba dipersoalkan oleh anon kat atas tu adalah jika the same restoran bukak kat Malaysia n mintak sijil halal adakah JAKIM perlu approve memandangkan makanan yg dihidangkan itu halal?

      adakah pensijilal halal itu hanya tertakluk kepada ingredient n preparation nya sahaja?

      Mcm anon 3:47 tu mentioned kat atas tu la, HALAL tu ----> "Ia sebenarnya turut merangkumi bab-bab muamalat, munakahat, akhlak serta aqidah."

      wallahualam..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com